Komposer & Pencipta Lagu Asyik Meninggal Dunia, Penyanyi Dangdut, Mas Idayu & Amelina Amir Beri Dedikasi Terakhir

Share

Hari Jumaat yang penuh barakah, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian komposer, Ruslan Mamat.

Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi, Mas Idayu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Mas, Ruslan merupakan antara watak peting serta individu yang bertanggungjawab mencipta namanya dipersada industri seni tanah air.

“Innalillahiwainnaillahirojiun, salam semua sahabat, di pagi Jumaat yang baraqah ini, saya ambil kesempatan untuk mgucapkan takziah atas keluarga Allahyarham Ruslan Mamat, seorang yang berjaya mencipta nama saya hingga di kenali di persada seni suara.

“Memang sebelum beliau saya cuba mencipta nama bersama composer terdahulu, tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Akhirnya beliau melamar saya untuk menjadi artis rakaman Warner Music Malaysia. Nama saya di kenali kerana beliau.

“Seorang composer yang mudah berkerja, mudah memahami kehendak artis , diberitahu rakan seperjuangan @amelinaamirsharipuddin hampir jam 2 pagi. Kami berdua tak tahu nak berbuat apa, sedih, kami memikirkan macam mana nak tengok, serta melawat keluarga jenazah dalam keadaan bumi Malaysia yang berwabak sekarang ini,” tulisnya.

Jelas juri program Lagu Cinta Kita itu lagi, dia dan seorang lagi rakan artis, Amelina Amir mengakui berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi arwah buat kali yang terkahir memandangkan negara masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP)

Bagaimanapun, dua penyanyi dangdut ini tetap menitipkan doa dari jauh berharap semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Saya menasihatkan Amelina, yang termampu kita lakukan sekarang adalah, solat berdoa dan sedekahkan zikir untuk arwah, kerana memang nak dapatkan surat jam dua pagi tak mungkin terjadi. Amelina juga minta saya ws atau call isteri arwah untuk ucapan takziah, sudah saya lakukan. Dengan bervoice note sahaja. Saya tak mahu menambah kesedihan keluarga arwah.

“Abang Lan, di Jumaat yang baraqah ini semoga abang tenang di sana. Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga arwah. AL-FATIHAH,” kongsinya lagi.

Sementara itu, menerusi sebuah lagi entri, Amelina turut memberikan penghormatannya yang terakhir menerusi akaun Instagram miliknya.

Jelas Amelina, arwah Ruslan merupakan komposer dan pencipta lagu Asyik yang telah melinjakkan namanya sehingga sekarang.

Malah, Bintang Gegar Vaganza musim ke-5 itu turut menyifatkan dia tidak akan pernah melupakan segala jasa dan bakti arwah terhadap dirinya.

“Al-fatihah buat allahyarham Ruslan Mamat (kiri) komposer serta pencipta lagu ASYIK yg membawa Kak Long ke persada seni tanah air.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di tempat yg mulia di sisiNYA. Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.

“Sesungguhnya jasamu dan kasih sayangmu tetap tersemat di sanubari kami semua,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berdoa agar Allahyarham Ruslan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber: Instagram Mas Idayu & Amelina Amir

Published by
Aizam Manaf