Sejak awal pagi tadi, beberapa selebriti tempatan memaklumkan mengenai keadaan terkini pelakon era 80-an, Norlida Ahmad yang dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram pelakon, Sheila Hassan, Norlida atau lebih mesra disapa Connie dikejarkan ke hospital mengalami sakit buah pinggang bernanah.
“Assalamualaikum, dikhabarkan pelakon popular era 80-an, Norlida Ahmad aka Connie telah mengalami sakit buah pinggang bernanah (CRE Bacteria Infection) kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (Wad 6B Katil 27),” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, orang ramai dipohon untuk memanjatkan doa agar Connie segera diberikan kesembuhan.
“Bagaimanapun kondisinya amat lemah dan dalam pemantauan. Buat masa ini, lawatan tidak digalakkan. Sebarang perkembangan boleh hubungi anak beliau, Ally Marisha Afrina.
Ads
“Di Mohon sama-sama yang mengenali atau tidak mendoakan beliau agar diberikan syifak /kesembuhan,” kongsinya.
Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan di akaun tertera bagi membantu pihak keluarga meringankan kos rawatan.
“Juga pada sesiapa yang ingin membantu disegi kewangan supaya dapat meringankan masalah beliau bolehlah kiranya disalurkan melalui akaun anaknya Ally Marisha,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, pada 2018, Connie pernah dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat perubatan Universiti Malaya akibat akibat terlalu banyak asid dalam darah sehingga merebak ke hati.
Norlida atau lebih mesra disapa Connie adalah antara pelakon wanita paling popular pada era 1980-an.
Beliau pernah membintangi filem Tujuh Biang Keladi (1984), Bujang Lapok Kembali Daa (1986), Suara Kekasih (1986), Marah-Marah Sayang (1987), Gila-Gila Si Pikoy (1987), Dendang Remaja (1988), Tuah (1988), Guru Badul (1988) dan Sumpahan Mahsuri (1989).
Ads
Memetik laporan Berita Harian, Norlida pernah dua kali dicalonkan dalam kategori Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem Tujuh Biang Keladi dan watak lagenda Mahsuri dalam Sumpahan Mahsuri.
Beliau juga dipilih oleh peminat hiburan tempatan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1989.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sheila Mambo & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon Syatilla Melvin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Syatilla Melvin atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi keduanya bersama peminat.
“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq sihat gebu anak pompuan aku tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT roomthank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi #kekaSih”tulisnya.
Terdahulu, pasangan pelakon ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
MH mengucapkan tahniah kepada Sam dan Syatilla.
Foto : Instagram Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan hos, Alif Farhan mengulas susulan video tular melibatkan usahawan, Datuk Aliff Syukri yang mengamuk selepas mendakwa pelakon Yana Samsudin memecahkan pasu hiasan mewah berharga kira-kira RM400,000, sewaktu rakaman program raya baru-baru ini.
Aliff menerusi hantaran terkininya di Instgram tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada selebriti terlihat atas isu yang berlaku.
Tambahnya lagi, pihak yang terlibat masih lagi berbincang mengenai insiden yang berlaku dan berharap agar ia dapat diselesaikan secara baik.
“Istatement saya atas video yang telah viral. Saya Alif Farhan selaku penerbit dan hos, bertanggungjawab dan ingin meminta maaf secara terbuka kepada kedua- dua pihak, DS @aliffsyukriterlajaklaris sera @yanasamsudin @fadzilzahari atas insiden yang tak dingini berlaku.
“la berpunca dari sedikit salah paham semasa pengambaran Program Raya sebelum ini.
“Kepada rakan wartawan, saya terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini. Ini untuk elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan.
“Hal ini mash lagi dalam perbincangan dan doakan supaya kedua pihak dapat capai kedamaian,” tulisnya menerusi lampiran video berkaitan.
Menerusi video tersebut, pengasas kosmetik itu dilihat berang dengan apa yang berlaku sehingga berlaku pertengkaran mulut di antaranya bersama suami Yana, Fadzil Zahari.
Pelbagai reaksi telah diberikan warganet terhadap video tersebut malah ada yang menyifatkan ia kurang realistik dan cuma lakonan (konten) semata-mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menjelaskan dirinya hanya memikirkan soal mati ketika bertarung nyawa selepas berdepan dengan komplikasi jantung, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Hanya Satu itu dimasukkan ke sebuah pusat rawatan swasta di Bangi, Selangor kerana mengalami demam panas.
“Selepas dimasukkan ke hospital doktor dapati bahagian paru-paru saya dipenuhi air dan ketika itu saya sukar bernafas.
“Saya ingat lagi saya hanya fikir saya akan mati dan ketika itu pandangan mata juga sudah putih dan saya mula meminta maaf kepada suami,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pes Secukup Rasa By Nora di Shah Alam, hari ini.
Tambahnya lagi, dia bernasib baik meskipun berada dalam keadaan koma selama dua hari dan sedar sejurus mendapat rawatan di hospital swasta di Kajang.
“Saya dijaga tiga pakar di hospital itu dan Alhamdulillah kembali pulih dan dapat pulang ke rumah bersama suami dan anak-anak,” katanya.
Nora mengakui insiden itu memberikan pengajaran kepada dirinya dan membuatkan dia lebih menghargai kehidupan serta keluarga.
“Saya juga tak fikir untuk mengambil sebarang tindakan meskipun ada berlaku kecuaian ketika saya dirawat di peringkat awal sebelum ke hospital.
“Apa yang penting saya selamat dan dapat meneruskan hidup dan memperbaiki diri,” katanya lagi.
Sementara itu, pes istimewa dari penyanyi itu berusia 50 tahun itu melancarkan pes masakan Secukup Rasa dengan dua variasi iaitu kerutuk dan serbaguna yang diusahakan sejak tahun 2000.
“Saya bersyukur kerana jenama pes masakan saya ini mendapat sambutan baik terutamanya ketika zaman PKP.
“Saya ingat lagi, pernah hasilkan rendang tok menggunakan tiga ekor lembu ketika itu,” katanya.
Pes masakan berkenaan boleh didapati menerusi platform Shopee dengan harga RM20 sepeket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean "Diddy" Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah...