Rapper meningkat naik, Abubakarxli mendedahkan dia tidak kisah atau terasa hati sekiranya ada pihak yang melabelkannya dirinya sebagai ‘mat rempit’ berdasarkan soal penampilan yang dibawa.
Jelas Abu, setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri dan dia juga sebenarnya tidak kisah dengan tanggapan orang lain terhadap dirinya.
“Saya memang tak nafikan memang ada orang yang melabelkan saya begitu. Pada pendapat saya, mana-mana negara pun akan ‘culture’ mereka yang tersendiri.
“Seperti di UK mereka ada budaya mereka seperti mengenakan ‘sportswear’. Dekat US mungkin tiada ‘mat rempit’ sebab mereka lebih kepada superbike,” katanya kepada MH.
Reaksi tersebut dikongsikan Abu sewaktu sidang media single terbarunya bersama Shalma Eliana berjudul Naik yang dijalankan secara virtual, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia sendiri tidak pernah terbayang untuk membawa imej sebagai ‘mat rempit’ kerana dia menyifatkan dirinya lebih selesa menjadi dirinya sendiri.
“Tapi terserah kepada semua orang untuk menilai saya macam mana. Sebenarnya saya tak pernah terbayang pun nak bawa imej atau budaya rempit itu sendiri.
“Tapi kalau itu yang orang pandang atau gambarkan, saya okay sahaja. Mungkin itu dah jadi sebahagian daripada budaya remaja ketika ini.
“Cuma jangan gunakan budaya tersebut ke jalan yang salah. Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak cakap apa,” jelasnya lagi.
Bercakap mengenai lagu Naik, Abu mendedahkan karya ini sebenarnya menceritakan mengenai jatuh bangun yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ketika detik sukar ini.
“Dalam kehidupan ini, kita ada fasa jatuh dan bangun. Adakalanya kita berasa murung dan amat memerlukan semangat yang lebih. Saya buat lagu ini ketika PKP dan PKPB, ketika ramai mengeluh hilang kerja dan tiada pendapatan, saya terdetik untuk buat lagu.
“Saya harap ramai orang akan boleh ‘relate’ dengan lagu ini. Dengan keadaan yang sangat mencabar ketika ini, tak semua orang boleh hidup senang dekat luar sana.
“Apa yang cuba saya sampaikan di sini, mereka tidak berseorangan masih ada orang-orang di luar sana yang mengambil berat mengenai diri kita,” katanya lagi.
Muzik video single berkenaan sudah pun ditonton lebih 45,000 kali selepas seminggu ia dilancarkan di YouTube.
Foto: Instagram Abubakarxli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga adik kepada Syatilla, Syida Melvin akhirnya berkongsi kepada umum wajah anak sulungnya, Safa Safeera selepas selamat bersalin 12 hari lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur atas kehadiran ahli baru dalam keluarganya, Syida turut mendoakan agar anaknya yang dipanggil Pia membesar sebagai anak solehah.
“Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, keatas Anugerah Allah yang sangat2 berharga ini. Syukur. Harini Baby Pia dah 12 hari.
“Doakan @safasafeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna. Aunty rasa muka Pia ikut muka Ibu ke daddy Pia? Hehehehehehek jom share!,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen, para peminat telah memberikan pandangan masing-masing.
Syida juga turut berkongsi Instagram khas buat anaknya itu yang kini sudah mempunyai hampir 7,000 pengikut.
Sementara itu menerusi satu lagi posting yang dikemas kini, Syida turut berkongsi video pendek gelagat anaknya itu yang dirakam tersenyum sejurus bangkit dari tidur.
Syida atau nama sebenarnya, Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019 dan keduanya meyambut kelahiran puteri pertama 20 Februari lalu.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!