Kongsi Foto Aksi Comel Anak, Peminat Luah Rasa, Beri Semangat Buat Aliff Aziz

Share

Meski akur dengan takdir dan ketentuan Yang Maha Esa, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tetap meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Baru-baru ini, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz turut memuat naik beberapa keping foto anaknya, Mohamad Ayden Adrean di akaun Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi berusia 28 itu mengimbau kembali kenangan bersama anak tercinta.

“Muka everytime Daddy says “Ayden, what did Daddy say about playing with your food?,” tulisnya ringkas.

Selain itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan tersentuh terhadap perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang-Sayang itu.

Malah tak kurang yang turut memuji aksi comel kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura ini mendirikan rumah tangga bersama Bella Astillah pada

Bagaimanapun, Aliff dan Bella telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.

Foto: Instagram Aliff Aziz

Published by
Nazar Rafiqhi