Kongsi Foto Berbadan Dua Sejak 11 Tahun Lalu Hingga Kini ,DS Shahida Mahu Anak-Anak Jadi Yang Terbaik

Share

“Alhamdulillah rezeki Allah bagi”, itu luahan syukur usahawan Datin Seri Shahida apabila  dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Mengimbau kembali saat berbadan dua,Shahida memuat naik gambar kelima-lima kandungannya dari anak sulung hingga kini.

“5 gambar saya dari pregnant anak pertama sampai ke 5….sedar x sedar dah 5 anak saya ….Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

“Amanah Allah yg perlu saya jaga dan pastikan mereka jadi insan yg terbaik di dunia dan akhirat.

“Saya happy dan bahgia Allah bagi rezeki anak ramai..Allah tu kan x pernah salah percaturanNya,” tulisnya.

Malah, Shahida yakin bahawa perasaan setiap insan bergelar ibu pasti akan ‘hilang’ rasa kesakitan selepas selamat melahirkan zuriat.

“Dari umur 23 tahun (2008) start hamil anak pertama sampai lah umur 34 tahun (2019).

“Kalau sakit bersalin tu mmg sakit,tapi kan bila tgk je muka anak hilang terus kesakitan melahirkan….betul x ?,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2007.

Hasil perkongsian hidup,mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 1 tahun.

Shahida kini sedang hamil anak kelima yang kini berusia tujuh bulan.

Foto : Instagram DS Shahida

Published by
MH