Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Gabriel Prince tidak berniat untuk menyinggung hati para peminat susulan memuat naik gambar seakan berkahwin di laman Instagram baru-baru ini.
Menurut Prince, foto tersebut sebenarnya telah diambil ketika menjayakan salah satu babak di dalam muzik video lagu terbaharunya yang berjudul ‘Sunday’.
“Pada mulanya peminat sangat terkejut bila melihat gambar perkahwinan saya. Di ruangan komen, para peminat banyak bertanya sama ada saya benar-benar berkahwin.
“Namun, selepas mereka menonton muzik video lagu tersebut, rupanya ada mesej yang lebih sedih untuk disampaikan. Pengakhirannya yang tidak disangka,” katanya kepada MH.
Prince yang memiliki jumlah pengikut lebih 1.7 juta di Instagram itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Sunday, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah membuat penjelasan berhubung hantaran tersebut seterusnya, lega selepas melihat reaksi peminat.
“Pada masa masa, ramai juga peminat yang marah selepas saya memuat naik gambar tersebut. Mungkin mereka bukan marah tapi lebih kepada kecewa. Mereka tidak jangka saya akan berkongsi perkara seperti itu.
“Ketika sidang media di Indonesia, kami juga ada buat tayangan muzik video. Ketika itu, saya ada memberikan penjelasan kepada peminat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Prince akui sangat terharu dengan layanan baik yang diberikan peminat sepanjang mengadakan rangka promosi di Malaysia.
“Beberapa hari lepas, saya sempat berjumpa dengan beberapa peminat di Sabah. Mereka semua sangat baik dan ada yang bawa hadiah.
“Peminat Malaysia sangat sopan dan mereka juga memberikan saya makanan yang banyak. Mereka sangat manis dan sentiasa menyokong.
“Ini merupakan kali pertama saya mengadakan promosi di Malaysia. Jika sambutannya bagus, tidak mustahil saya akan cuba untuk mengadakan sesuatu projek yang lebih besar di sini,” kongsinya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai lagu Sunday, Prince memberitahu single tersebut diinspirasikan daripada kisah hidupnya sendiri.
“Lagu ini berdasarkan kisah hidup saya yang sebelum ini menolak cinta daripada seorang rakan.
“Dia merupakan kawan baik saya dan disebabkan tidak mahu kehilangan seorang sahabat, saya menolak pengakuan cintanya,” katanya.
Lagu Sunday itu mendapat sentuhan daripada penyanyi popular, Kaleb J dan dilancarkan oleh Belanegara Abe.
Untuk info, lagu tersebut turut diterbitkan bersama dengan sebuah filem pendek menggunakan judul yang sama dan kini sudah mendapat lebih 14,000 tontonan di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Gabriel Prince
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI