
Mengimbau zaman ketika kanak-kanak, penyanyi Black ada berkongsi foto lamanya dengan memakai persalinan putih dan berlatarkan langsir bercorak bunga.
Foto yang dikongsikan sehari lalu itu sehingga kini telah pun mendapat lebih 7,000 tanda suka.
View this post on InstagramTeka??? #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #rindudayyana #nivalel #nimemangviral
A post shared by @cirakhairy (@black.hanifah) on
Pada masa sama, pelbagai komen diberikan netizen dan antara yang menarik perhatian bila ada yang memperkatakan rantai yang dipakai penyanyi Anugerah Terindah ini.
Ada peminat mendakwa, tangkal hitam yang dipakai itu selalunya adalah sebagai alternatif untuk mencegah kanak-kanak kencing pada waktu malam.
Malah, ada juga yang membayangkan wajah Black waktu kecil saling tak ubah seperti dua cahaya matanya, Dayyan dan Rindu.
Aduhai…ada sahaja netizen punya telahan. Sampai ke tangkal ditelitinya.
Foto : Instagram Black
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Satu hajat Neelofa…Mahu Ziarahi Masjid Ketiga Paling Utama Dalam Islam, Al-Aqsa

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui tahun hadapan, dia mempunyai beberapa impian yang mahu direalisasi, termasuk menziarahi salah sebuah masjid utama dalam Islam, Masjid Al-Aqsa yang terletak di sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (Jurusalem).
Katanya kepada MH, dia memasang impian untuk menzahirkan hasratnya itu tahun hadapan, sekiranya dipermudahkan.
“Ada satu lokasi yang saya niat untuk melawat, iaitu Masjid Al-Aqsha. Sebagaimana yang kita tahu, masjid tersebut antara yang mulia di sisi agama Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. InsyaAllah, moga impian tercapai,” katanya.
Pada masa sama, Lofa turut memberitahu, dia mempunyai kenalan yang pernah mengiringi beberapa selebriti tempatan untuk menziarah lokasi berkenaan.
“Dia merupakan individu yang membawa beberapa selebriti tempatan kita ke sana. Katanya pengalaman berbeza andai berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia berbeza di antara setiap satunya.
“Jadi InsyaAllah akan dapat pengalaman baru. Agak risau juga tetapi katanya kita perlu ajak dan yakinkan muslim untuk ke sana sebab kalau tidak, suatu hari nanti mungkin tiada lagi orang Islam yang menziarahi atau beribadat di masjid itu langsung.
“Jadi sebab itulah, ada yang memberi kesedaran kalau ada peluang, usaha untuk ke sana,” terang Lofa.
Ditanya mengenai soal keselamatan pula, Neelofa mengakui dia perlu tawakal andai diizinkanNya menjejakkan kaki ke masjid itu.
“Saya kena tawakal. Lagipun, sudah ada orang kita yang sudah ke sana sebelum ini. Mahu juga rasai pengalaman itu,” akhiri Lofa yang sudah merancang jika impian menjadi kenyataan, dia mahu membawa ibu dan neneknya ke sana.
Semoga impian dan niat murni Neelofa itu dipermudahkan, InsyaAllah…
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya…”- Beri Dorongan, Netizen Puji Cara Amyra Rosli Didik Anak

Pelakon, Amyra Rosli ada berkongsi cerita tentang perihal anak sulungnya, Aqeef Anaqi menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini berkongsi momen ketika Anaqi sedang menjadi jurugambar untuk merakam foto keluarga bersama.
“Dah lama baby i ni mintak bicycle.. hmmm ok lah, kalau sampai 1 mil views baru mommy belikan utk upah jd photographer hari ni If x sampai 1 mil, mommy beli tayar bicycle je! #Amyramar #AqeefAnaqi #2y9m,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, netizen memuji sikap keibuan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati dalam mendidik anak supaya sentiasa berusaha.
“Alhamdulillah mengajar berusaha. Nanti dia akan tahu utk mendpt kan akan berusaha.. walau pun msh kecik.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka lg kecil,” tulis netizen.
Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi yang kini berusia 2 tahun dan Ayra Aryssa, 6 bulan.
Foto: Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar Pukul Ibu, Mohon Maaf

Masih segar lagi dalam ingatan tentang sebuah video pelajar yang memukul ibunya kerana mahukan wang.
Terkini menurut satu sumber, pelajar yang dikenali sebagai Shukrey ini sudah pun memohon maaf kepada ibu dan bapanya dan dia juga menyesal dengan tindakan memukul ibunya dalam video tersebut sehingga menarik perhatian orang ramai sekali gus menerima pelbagai kecaman.
Menurut ibu kepada Shukrey, Umisarah Manaf dia mengatakan bahawa sebelum ini Shukrey tidak pernah bertindak sebegitu malah menyayangi ibunya. Ini adalah kali pertama anakya itu bertindak sedemikian.
“Saya terkejut sebab dia buat macam tu kerana dia seorang anak yang baik, dengar cakap. Saya tak sangka tiba-tiba dia jadi panas baran sampai macam tu sekali. Sebelum ni dia jentik cubit saya pun tak pernah,” katanya.
Kata Umisarah lagi, sikap anaknya kini sedikit berubah dan selalu balik lewat malam dan adakalanya langsung tidak pulang ke rumah.
“Sikap dia nampak berubah sekarang dia dah jadi lain, balik tengah-tengah malam kadang-kadang tak balik langsung,” katanya lagi.
Umisara memberitahu lagi, perkara itu terjadi kerana dia tidak dapat memberikan duit belanja sekolah kepada Shukrey kerana dia hanya mempunyai wang sebanyak RM17 sahaja ketika itu dan wang tersebut perlu digunakan untuk membayar tambang bas ke tempat kerja dan hari bayaran gaji masih lambat lagi.
Sebagai seorang ibu, dia menyifatkan anaknya seorang yang rajin mencari duit sendiri dan selalunya dia mempunyai duit poketnya sendiri.
Shukrey selalu mengutip tin, botol, kotak namun begitu semalam anaknya itu tidak mempunyai wang langsung dan apabila tidak diberikan duit oleh ibunya maka itu membuatkan dia marah dan bertindak memukul ibunya.
Bapa kepada Shukrey, Mohamad Nasir pula memberitahu ketika kejadian berlaku dia sedang berada di tempat kerja dan kemudiannya dia menerima video tersbut yang dihantar oleh anak perempuannya.
“Jadi saya hantar video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru menasihatinya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini Shukrey kurang berminat untuk ke sekolah.
“Sebenarnya sebelum ini saya banyak memarahi dan merotan dia supaya dia tumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya dan tak jadi macam saya,” ujarnya.
Nasir berkata lagi, dia bertindak membuat laporan polis kerana risau tentang keselamatan keluarganya apabila ramai yang mengecam perbuatan anaknya selepas video itu tular.
Nasir juga memohon agar orang ramai tidak terus menghukum keluarganya jika tidak mengenali anak mereka yang sebenar dan situasi yang berlaku. Malah Nasir juga berkata lagi Shukrey merupakan anaknya jadi dia tahu cara untuk mengajar jika anaknya melakukan kesalahan.
Rentetan daripada hal ini, pihak polis juga turut mengambil keterangan datipada Shukrey dan menjalankan ujian air kencing ke atasnya. Hasil ujian itu mendapati pelajar tersebut bebas daripada pengaruh dadah.
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat Shukrey dan semua orang di luar sana. Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh menadatangkan malu kepada keluarga.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI