Kemelut rumah tangga pelakon, Nynaa Harizal bersama suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas disifatkan kini telah berakhir selepas kedua-duanya memutuskan untuk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina.
Setelah kembali ke pangkuan suami, Nynaa dilihat telah memuat naik hantaran foto perkahwinan mereka sambil menyatakan rasa syukur.
Menurut Nynaa, perasaannya kini sememangnya berasa amat gembira selain turut menyifatkan Allah telah pun memakbulkan segala doanya selama ini.
“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong.
“Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband. @fahmiilyas . Till death do us apart,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, dia juga amat menyayangi suaminya tu dan menegaskan hanya maut yang dapat memisahkan mereka selepas ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibini oleh Nynaa dan suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Allah sayang, Alhamdulillah.
“Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan segala urusan untuk you dear. Doaku dari jauh. Semoga bahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah so happy for you both. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
“You have a great husband. Moga hingga ke jannah-Nya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sementara itu, pada Rabu lalu, Nynaa dan suami difahamkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur bersama-sama bagi mendengar sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu terhadap Nynaa.
Namun, peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan hubungan suami isteri tersebut telah berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam ikatan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Nynaa dan Fahmi juga berjanji akan menjelaskan secara lanjut mengenai apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga mereka dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Terdahulu, konflik rumah tangga melibatkan finalis Dewi Remaja 2019 itu tercetus apabila dia didakwa telah diculuk oleh ahli keluarganya sendiri.
Fahmi kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.
Setelah itu, Nynaa pula memfailkan tuntutan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru pada 10 November lalu.
Sekadar informasi, Nynaa dan Fahmi telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nynaa Harizal