Pelakon, Fazreen Rafi ada memuat naik foto yang merakamkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan.
Turut dikongsikan pada lampiran sama menerusi Instagram ialah bahagian tangannya yang berlumuran darah.
Malah, pelakon itu turut dilihat sedang terbaring sebelum dirawat petugas kecemasan.
Menurut Fazreen di ruangan kapsyen, rasa sakit yang dialami mungkin asbab untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kecilnya.
Pelakon Abby Abadi akui teruja apabila usahanya untuk menurunkan berat badan kini telah pun menunjukkan perubahan positif.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, dia akan terus berjuang untuk mendapatkan berat badan ideal selain turut memaklumkan dirinya sudah serik untuk berbadan besar.
“Setiap lelah pasti berkah. Sudah melangkah, teruskan. Jangan mengalah. Lama toad gambar manis kita kan? Inilah yang terbaharu.
“Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan ya. Tak nak ‘dobok’ dah. Insaf,” tulisnya.
Perkara itu, dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Abby turut memuat naik foto terkininya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
Katanya lagi, dia akan kerap berkongsi mengenai perubahan berat badannya itu selepas ini.
“Tengok gambar dua hingga empat bulan sebelum ini, buruk betul rasa. Nanti saya kongsikan lagi. Sebelum ini, memang saya tak kongsi. Pilih gambar yang nampak kurus sahaja.
“Kali ini kita kumpul dan biar anda tengok sendiri. Seriuslah, jom insaf sama-sama,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim.
“Pergh, buat la live lepas ni, mesti letop sales nyah,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti kagum dengan perubahan tersebut selain turut memuji penampilan Abby yang lebih cantik saat ini.
“Kecilnya awak,” komen penyanyi dan pelakon, Azza Elite.
“Cantik sangat ni,” balas pelakon dan usahawan Wawa Zainal.
“Yay, sudah slim my girl. Good job,” komen pelakon Watie Sadali.
“Powerlah mama,” balas pelakon Memey Suhaiza.
Sebelum ini, Abby ada berkongsi beberapa hantaran video yang memaparkan dirinya menjalani rutin bersenam bersama anak sulungnya Danish Hakim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Harimau Malaysia, Brenden Gan mengesahkan dirinya mengidap kanser testis dan kini sedang menjalani fasa pemulihan.
Menurut Breden, dia akan sentiasa memastikan mindanya itu berada dalam keadaan positif seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum ini sewaktu mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyebab dia terpaksa berehat panjang daripada sukan bola sepak.
“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.
“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemain Malaysia kelahiran Australia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Brendan turut mengakui dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan insan-insan hebat yang sentiasa menyokongnya dikala dia mengharungi detik sukar.
Katanya lagi, dia mahu memberikan sepenuh tumpuannya terhadap proses pemulihan sebelum kembali ke kancah bola sepak.
“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila didampingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.
“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan seperjuagan turut memberikan kata-kata semangat buat Brendan selain turut berharap agar Brendan segera pulih seperti sedia kala.
“Strongest guy I know. Some things are bigger then football. You got this brother. And we have all got you.
“You’ve overcome many obstacle, this is just another one brother. You got this.
“Get well soon captain. Wishing you a speedy recovery.
“Stay strong King. Been a fighter your whole life, don’t stop now,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Brendan turut memaklumkan, dirinya bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang pada Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Brendan Gan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki minggu kedua tayangan, filem lokal yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan jumlah kutipan yang membanggakan apabila berjaya mencecah sebanyak RM53 juta.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur di atas sambutan hangat yang diterima daripada seluruh peminat filem tempatan.
“Nak buat video ni untuk cakap terima kasih banyak kepada korang yang banyak DM (mesej) saya. Tak dapat buka satu-satu. Tapi saya sangat hargai.
“Filem Mat Kilau hari ni yang ke-13 tayangan. Still showing, still going strong. Setakat ni RM53 juta. Luar biasa guys, kuasa Allah.
“Walaupun hari kerja, still penuh sehingga ke hari ini. Thank you so much guys.
“Filem Malaysia boleh pergi jauh. Allah is the greatest. I love you guys,” katanya.
Untuk rekod, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara Sdn. Bhd. menelan kos produksi sebanyak RM8 juta.
Filem epik ini mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau serta rakan-rakannya dalam menentang penjajahan British pada era 1890-an.
Naskhah ini dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian, Ali Karimi, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Ellie Suriaty, Mubarak Majid, Farah Ahmad dan Zarina Zainordin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...