Kongsi Foto Seluar Koyak & Tangan Berlumuran Darah, Pelakon Fazreen Rafi Terlibat Dalam Kemalangan

Share

Pelakon, Fazreen Rafi ada memuat naik foto yang merakamkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan.

Turut dikongsikan pada lampiran sama menerusi Instagram ialah bahagian tangannya yang berlumuran darah.

Malah, pelakon itu turut dilihat sedang terbaring sebelum dirawat petugas kecemasan.

Menurut Fazreen di ruangan kapsyen, rasa sakit yang dialami mungkin asbab untuk Allah menghapuskan dosa-dosa kecilnya.

“Jatuh itu pasti, sakit itu mesti. Terhapus dosa-dosa kecil Faz menahan kesakitan ini.

“Masa ni la nak tengok macam mana bini kita jaga kita,” tulisnya.

Melihat di ruangan IG story pula, pelakon drama, Spa Q itu turut berkongsi keadaan terkini motosikal yang dipercayai telah ditunggang olehnya.

Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa terkejut selain mendoakan semoga Fazreen lekas sembuh.

Sumber: Instagram Fazreen Rafi

Published by
Aizam Manaf