Menerusi perkongsian di Instagram bersempena dengan #10yearschallange ushawan, Sajat turut melakukan perkara sama dengan mendedahkan fotonya yang diambil pada 2009.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, gambar sedekad lalu dikatakan Sajat pernah memenangi pertandinan Ratu Kebaya.
“Dulu pernah menang miss kebaya 2009… Rasa nya saya masih mantain seperti dulu… Ko rasa senak dengar stament dari i!!! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau!!! Gitew!!! Duduk tengah lagi!! Beauty with brain.
Ads
“Walaupun ramai tak mampu terima kecaNtikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik!! Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan!,” tulis Sajat.
Ads
Pada masa, penyanyi Makhluk Penggoda ini juga berharap agar tidak sentap kerana dirinya masih kekal macam dulu.
Ads
“Jangan sentap pulak siapa yg tengok!! Aku mantain dari dulu, korang yang panas!!! Menyampah i tau,” kongsinya.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper, DJ dan Penerbit Album terkenal Amerika Syarikat, Lil Jon telah memeluk agama Islam pada minggu pertama Ramadan tahun ini.
Dalam video yang tersebar luas di media sosial itu, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith melafazkan syahadah bersaksikan imam sebagai tanda deklarasi kepercayaannya kepada Allah SWT.
Mengambil tempat di King Fahad Mosque, Los Angeles, rapper berusia 53 tahun itu tampil dilihat mengenakan topi beret warna merah dan jaket rona beige mendengar dengan teliti setiap panduan yang diberi oleh imam.
Selepas berita pengislamannya tersebar, dia berkongsi rasa menerusi satu hantaran di Instagram
“Terima kasih yang teramat sangat kepada saudara dan saudari kerana memberi curahan kasih dan positiviti. Alhamdulillah,” tulisnya.
Jon, yang terkenal dengan gaya bertenaga dan frasa slogannya seperti “Ya!” dan “Okay”, mendapat populariti pada awal 2000an dengan lagu hits seperti “Get Low” dan “Turn Down for What”.
Jon merupakan personaliti terkenal AS kedua menerima Islam pada minggu pertama Ramadan tahun ini, selepas penulis dan aktivis kemanusiaan, Shaun King.
Kini, dia menyertai kumpulan selebriti terkenal yang telah memeluk Islam, antarana seperti Clarence Seedorf, Kevin Lee, Gervonta Davis, Thomas Partey.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.
Kenyataan tersebut merupakan respon balas Fasha terhadap komen seorang individu yang mengatakan baju yang digayakannya menerusi entri terkini di laman Instagram cuma berharga RM15.
“Ya kakak. RM15 sahaja dekat Times Square. Harga bukan menjadi ukuran tapi bagaimana kita membawa gaya tersebut,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut merasakan baju yang berharga mahal itu tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dalam mengenakan apa sahaja jenis pakaian sekali pun.
“Betul tu. Pakai mahal-mahal tak kena gaya tak cintik juga. Kalau pakai bundle pun kalau kena gaya, orang kata mahal juga. Apapun kita sendiri yang pakai. Kita rasa selesa dan kita rasa lawa di mata sendiri. Itu sudah cukup.
“Orang kalau dah cantik, pakai baju RM1 pun tetap nampak cantik.
“Ini baru betul. Bila orang ada class pakai baju RM15 tetap nampak cantik.
“Mahal atau murah bukan itu tujuannya. Yang penting macam mana kita menggayakannya. Kalau kita pandai menggayakan, baju akan nampak wow dan nampak mahal. Begitu juga sebaliknya.
“Sis kita sama. Saya layan Time Square sahaja. Baju banyak je elok-elok. Asalkan pandai gayakan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Fasha juga kini sedang sibuk dengan pelbagai projek selaku duta produk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...