Kongsi Pendapat PRN Sarawak, Mila Jirin Bimbang Andai Berlaku Gelombang Ke-4 – “Mommy Ada Ramai Pekerja, Apa Akan Jadi Jika…

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin ada berkongsi pendapatnya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak agar ia ditunda buat sementara waktu.

Ini kerana, Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin meluahkan rasa bimbang andai penularan wabak Covid-19 terus meningkat sekiranya PRN tersebut tetap dijalankan.

Pun demikian, sebagai seorang usahawan, Mila mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini telah memberikan impak yang kurang baik terhadap peniagaan yang diusahakan dan memohon ramai untuk tidak marah dengan apa yang diluah kerana itu hanya pendapat semata-mata.

“Jangan lah DM dan MARAH MOMMY SAYA… Mommy saya BUKAN AHLI POLITIK.

“Mommy bagi PENDAPAT sahaja mengenai PRN Sarawak. Mommy doa moga PRN tak dijalankan kerana RISAU pergerakan ke serata negeri di seluruh MALAYSIA mungkin boleh cetus gelombang ke-4.

“Sebab kesannya pada SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

Mommy saya BERNIAGA. Bila PKPB diisytiharkan kesan kepada PERNIAGAAN dan ia sangat TERUK.

“Mommy ada RAMAI PEKERJA yang bekerja dibawah syarikat mommy.

“Mommy fikir bagaimana akan jadi jika gelombang ke-4 melanda MALAYSIA. Apa nasib pekerja Mommy dan keluarga mereka. Mommy YAKIN semua yang berniaga diluar sana pun FIKIR PERKARA YANG SAMA,” jelasnya.

Dia pada masa turut mengharapkan agar rakyat di negeri itu turut berdoa agar PRN ditunda kepada satu tarikh.

“Mommy bukan ahli politik, Mommy hanya Usahawan Rakyat Marhaein yang tak pandai politik ataupun udang undang perlembagaan.

“Mommy harap semua rakyat bersatu hati berdoa agar PRN Sarawak akan ditunda.

“VIRUS Covid19 ni TAK BOLEH DITUNDA dan Mommy yakin ada cara untuk tundakan dulu PRN Sarawak ni,” tulisnya panjang lebar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media mengenai isu semasa Covid-19 pada 31 Oktober lalu.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin memaklumkan PRN di Sarawak berkemungkinan akan dijalankan pada bila-bila tidak dapat dielakkan.

Gambar: Instagram Mila Jirin

Published by
Nazar Rafiqhi