Pengalaman menjadi ibu buat pertama kali cukup bermakna bagi bekas penyanyi, Tasha Manshahar.

Mengabadi setiap detik perkembangan anak di laman Instagram, wanita ini berkongsi kisah vaksin tambahan untuk si anak Muammar Rafiqi.

Jelasnya, vaksin tambahan merupakan perlindungan tambahan bagi mencegah penyakit merbahaya yang menyerang bayi kecil.

Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil vaksin Pneumococcal 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, boleh ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada beberapa kali suntikan ikut tempoh tertentu.

“Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.

IKLAN

“Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni.

“Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.

“Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni

IKLAN

“Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal,” tulisnya.

Sementara itu, Tasha turut berkongsi cerita lucu bagaimana cara untuk menenangkan hati putera tercinta.

IKLAN

Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “peganggg tangan dedi!”. #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy,” tambahnya lagi.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil vaksin Pneumococcal 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, boleh ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada beberapa kali suntikan ikut tempoh tertentu. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Synflorix murah beberapa puluh ringgit je. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni 😉 _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal 😌 _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor "hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?". Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, "peganggg tangan dedi!". 😒 #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy

A post shared by @ tashamanshahar on

Perkongsian yang cukup bagus untuk menerbitkan kesedaran ibu bapa betapa pentingnya pengambilan vaksin tambahan bagi meningkatkan imuniti si kecil.

Foto : Instagram Tasha Manshahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI