Mula mengenakan hijab selepas pulang dari Mekah, pelakon Amyra Rosli,28, berkongsi pengalamannya apabila tampil sedemikian.
Menurut Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli, dia berbuat demikian tanpa berbincang dengan suami, Amar Baharin dan ibunya, sebaliknya perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.

 

“Ketika saya pulang dari Mekah, ada seorang kawan lelaki datang ke rumah untuk menziarahi kami sekeluarga.

“Apabila saya sudah bermingu-minggu menutup aurat ketika berada di Mekah, apabila tetamu datang rumah, rasa macam tak selesa. Saya rasa mungkin dah sampai masa.

“Ketika itu saya tidak berbincang dengan suami atau ibu saya, ia datang secara tiba-tiba untuk saya berbuat demikian (menutup aurat),”kongsi pelakon drama Nur 2 itu. 

Menjadikan Neelofa, Mizz Nina dan Vivy Yusof sebagai insiprasi selebriti wanita hijab yang berjaya, Amyra akui bahawa ada kalanya terfikir mengenai soal rezekinya dalam industri hiburan.

Ads

“Saya dah beberapa tahun dalam industri hiburan ini dengan free hair dan berlakon macam biasa. Bagi saya ia seolah-olah rutin yang sama setiap hari.

“Apabila mengenakan tudung ini, kadang-kadang ada juga bisikan jahat yang mempersoalkan ‘ada job ke lepas ni? ada ke tempat aku dalam industri ini lagi?’, tapi saya memandang ke araf positif dan menjadikan Neelofa, Mizz Nina, Vivy Yusof sebagai insipirasi. 

“Mereka yang menjadikan saya kuat apabila saya berasa down,” ujar Amyra yang kini sedang hamil anak kedua. 

Tambahnya lagi, pesanan seorang ustaz menjadikan pelakon itu lebih kuat untuk berhijrah.

Ads

“Ustaz saya pernah sampaikan pada saya, jika kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia semata-mata, tetapi kalau kita kejar dua-dua (dunia dan akhirat), kita akan dapat dua-duanya sekali. 

“Rezeki kahwin sudah ada, anak dan karier. Apa lagi yang Allah tak bagi aku. Mungkin saya rasa sudah tiba masanya ikut perintah Alla pula.

“Apabila sudah berhijrah ini, pemikiran lebih matang dan tahu perancangan yang mahu dilakukan dalam hidup,” jujur Amyra. 

Ads

Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang hamil anak perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Video : Youtube Zayan.My, Instagram Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI