Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anaknya, Aurel Hermansyah yang nekad untuk kembali menyanyi di atas pentas meskipun masih didalam tempoh berpantang.
Bagaimanapun, Krisdayanti mengakui vokal anaknya itu masih lagi belum pulih sepenuhnya berikutan pembedahan yang dilakukan sewaktu melahirkan cahaya mata pertama.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi lagu Menghitung Hari itu dilihat berduet bersama Aurel disebuah acara yang berlangsung pada malam tadi.
“Yang ini sedikit nekad. Bayangkan belum 40 hari mamanya Ameena berani buat konsert. Luar biasa.
“Saya akui vokalnya masih belum pulih dan Mama Ameen masih ngeri dengan bekas jahitannya,” tulisnya.
Krisdayanti turut menambah, semangat yang ditunjukkan oleh anaknya itu mungkin didorong oleh sokongan para peminat yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Aurel.
Dikesempatan itu juga, dia turut menitipkan doa semoga anaknya itu akan sentiasa menjadi individu yang hebat disepanjang kehidupannya.
“Hal ini terjadi kerana situasi yang mendorong energinya untuk pulih bahagia. Saya mendoakan kamu nak, jadilah hebat .
“Ambisi untuk semangat kebaikan tapi tidak ambisius, jadilah tetap rendah hati dan selaras manut dengan nahkoda hatimu,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Aurel baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama pada tanggal 22 Februari lalu.
Aurel mendirikan rumahtangga bersama bintang media sosial Indonesia, Atta Halilintar pada April 2021.
Bayi perempuan tersebut telah diberi nama Ameena Hanna Nur Atta yang kini telahpun memiliki hampir satu juta pengikut di platform Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Krisdayanti