Penyanyi Nourul Depp gembira apabila proses mengembalikan bentuk badan ideal kini tampak perubahan.
Malah, isteri kepada Eric Daniel Depp itu telah merakam fotonya ketika proses penurunan berat selama satu bulan.
“Okay ni progress kami,
“Nampak tak banyak tapi ada. Apa yang kita nak adalah USAHA & BUAT .
“Biar orang lain tak nampak, tapi kita tahu kita sedang berusaha dan buat!!! .
“Bila buat, ada PROGRESS. itu PROSES yang sepatutnya .
“Bukan dengan magic kerana takdak magik di sini. Hanya usaha akn menberi keajaiban. .
“Nak kurus pun macam bawak qeta (kereta) : .
“BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT! .
“Fikir untuk jangkamasa yang panjang (lama) bukan seronok kurus hanya untuk esok lusa,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen , netizen telah memberikan pendapat masing-masing.
Difahamkan,Nourul sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan cara bersenam dan makan makanan seimbang.
https://www.instagram.com/tv/Bzwr9jgBrc7/?igshid=1lfck9fbclkql
Nourul melakukan sedemikian kerana menyedari badannya mula mengembang apabila melahirkan anak bongsu,Isabella Depp pada 30 April lalu.
Foto:Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI