Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mengambil keberkatan Ramadan dengan meraikan lebih 100 pelajar tahfiz dan anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama isterinya, Wawa Zainal, baru-baru ini.
Sudah kehilangan ibu bapa sejak usia remaja, Aeril akui tiada apa yang lebih bermakna selain dapat memberikan sedikit penghargaan kepada golongan sasaran.
“Majlis Raikan Ramadan 2024 ini memang sudah lama kami rancang dan pasang niat nak raikan lebih ramai anak-anak yatim dan tahfiz bagi tahun ini.
“Mengapa tidak untuk meraikan mereka dengan sama-sama berkongsi rezeki. Apatah lagi pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semua orang layak untuk rasa gembira dalam menantikan hari raya,” katanya.
Selain sumbangan duit raya, majlis anjuran Wawa Cosmetics itu turut menyerahkan beg sekolah buat anak-anak yatim daripada Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari.
Sementara itu bersempena dengan Syawal tahun ini, Aeril dan Wawa merancang untuk menyambut Aidilfitri di luar negara buat pertama kali bersama keluarga.
Ads
“Kadang-kadang nak balik kampung beraya pun macam tak ada perasaan sebab orang tua dah tiada.
“Saya rasa mereka yang bergelar yatim piatu akan lebih memahami. Untuk saya situasi pagi raya itu mungkin tak sama dengan orang lain.
“Cuma syukur orang tua Wawa tinggal bersama kami. Jadi kemeriahan itu tetaplah ada. Kalau ditanya sebab nak beraya di luar negara, ia hanyalah untuk berubah angin,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu pada majlis sama, Wawa Cosmetics telahmelancarkan produk terbaharu, iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’
“Pelembap adalah rutin penjagaan wajah yang wajib diaplikasikan semua orang dan kami ambil masa untuk lancarkan kerana ia melalui proses R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang agak lama.
Ads
“Ramai yang sudah guna dan sedia maklum dengan keberkesanan produk ‘sun screen’ kami. Sekarang bolehlah kombokan dengan set ini dalam rutin penjagaan kulit wajah anda.
“Bagi keluaran pertama, ia terhad kepada 30,000 unit bagi cleansing oil dan 20,000 unit advance moisturizer,” kata Wawa.
Dihoskan oleh Izzue Islam, majlis yang berlangsung di Doplohtiga Space, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur bertemakan serba putih itu turut dihadiri lebih 200 jemputan, terdiri daripada para pengedar, pempengaruh media sosial dan warga kerja Wawa Cosmetics.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Uqasha Senrose telah pun meraikan hari jadinya yang ke-27 tahun bersama ahli keluarga tersayang.
Mendapat pelbagai ucapan positif dari peminat tersayang, Uqasha turut dan ahli famili lainnya turut berkongsi foto sekitar sambutan.
Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sempat meluahkan rasa syukur dengan nikmat usia diberikan selain mengucapkan berterima kasih buat semua yang mengucapkan dedikasi hari lahir.
“Alhamdulillah I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you so much to everyone who took the time to wish me happy birthday, trust me each of you made my day more special.
“Family friends fans. My life is so blessed with some of the most amazing people. Thank you for being part of my journey,” tulisnya menerusi salah satu postingnya di Instagram
Lalu serentak dengan sambutan berkenaan, ahli keluarga yang turut terdiri daripada selebriti tempatan turut berkongsi foto sekitar dan pada masa sama, ramai yang memuji akan kecantikan ahli keluarga besarnya.
Dalam perkembangan lain, drama terkini lakonannya, Selepas Terlafaznya Akad rancak bersiaran menerusi Astro Ria menerusi slot Mega Drama. Ia merupakan sebuah drama dapatasi Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia.
Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah Kamal Adli, Zeera Azizi, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehidupan pelakon, Farah Nabilah dan suami kini dilihat semakin gembira selepas kehadiran cahaya mata sulung yang selamat dilahirkan pada tanggal 22 Oktober lalu.
Terbaru, Farah ada berkongsi sebuah video ketika dia sedang menjalani proses berpantang bersama para peminat di Instagram.
Video tersebut memaparkan Farah sedang berehat sambil menjalani proses bertungku sewaktu anaknya sedang tidur.
Namum begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah proses bertungku tersebut dibantu sendiri oleh suaminya, Mohamed Amirul yang setia berada di sisinya.
Video berkenaan nyata menarik perhatian warga maya selepas meraih lebih 300,000 jumlah tontonan sambil turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji selepas melihat keperihatinan Amirul yang tidak jemu membantu isterinya terutamanya ketika sedang berpantang.
Malah, mereka turut menyifatkan Nabilah sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dan memahami seperti Amirul.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga kecil itu.
Terdahulu, Nabilah dan Amirul telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Disember 2019
Pasangat tersebut bagaimanapun telah bersepakat untuk menamakan putera sulung mereka itu Andre Omar.
Sumber: Farah Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memelihara anak ini sedari usia satu hari, Erma Fatima akhirnya memperkenalkan anak ketiganya, Ahmad kepada umum.
Meskipun terpaksa memulangkan anak kecil itu kepada ayah kandungnya, namun hari ini menjadi detik istimewa apabila kedua-duanya disatukan kembali.
“Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku.
“Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu.
“Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia.
“Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.”
Mengakui hatinya hancur atas apa yang berlaku, namun dia tetap ibu walaupun tidak melahirkan si anak.
“Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia.
“Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..”mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?”.
“Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati…
“Aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara.”