Pelakon dan usahawan, Abby Abadi hanya mahu memaklumkan situasi sebenar mengenai kisah hangat melibatkan anaknya, Marissa Dania ketika dijemput di dalam satu sesi temu bual bersama program Gempak yang dikendalikan oleh Sean Lee, baru-baru ini.
Menurut Abby, dia meminta ramai untuk memahami keseluruhan temu bual sebelum menghakimi.
“Saya terima jemputan (temu bual) untuk perbaiki keadaan, untuk menjelaskan, untuk bagi faham. Sesetengah orang Malaysia ni, bila diam sibuk nak tahu.
“Bila bercerita, kata macam-macam pula. Dah pengacara tanya, macam mana tahu pasal Thailand tu, saya cerita la point-point dia. Takdelah cerita segala.
“Kongsi sikit je untuk bagi tahu yang rajin mengata supaya jangan suka suka buat cerita, kata orang tak jaga anak semua. kita jaga, sehabis baik jaga…tapi anak tu yang diluar jangkaan.
“Dengar dulu keseluruhan podcast tu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya.
Ads
“Takkan saya terima untuk ditemuramah semata-mata untuk memburukkan keadaan. Dengar dulu. Kalau astro tak kuarkan point-point penting, saya akan minta dan akan keluarkan sendiri,” luahnya.
Abby berkongsi perkara itu menerusi Insta Stories di Instagram, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Abby turut menghargai mereka yang memahami akan hal ysng berlaku dan ini juga merupakan antara ikhtiarnya untuk menjernihkan keadaan.
Ads
“Pada yang faham, yang sama-sama rasai perasaan dan kasih sayang seorang ibu, terima Kasih.
“Sangat sedih dan terluka bila anak kita di persenda dan dicaci maki ikut suka.
“Menerima undangan untuk ditemuramah dalam podcast adalah usaha kecil saya menyelesaikan kemelut ini.
Ads
“Marissa anak saya. Amanah untuk saya, tanggungjawab saya untuk perbetulkan keadaan. Tak payah libatkan orang lain yang taknak terlibat,” jelasnya lagi.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Marissa didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Malah, Marissa juga didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai dan mereka turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
Namun, Aslam dan Misya kembali rujuk semula dalam edah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa hati dengan perkongsian video sedutan daripada program Meletop yang menyaksikan Micheal Ang sebagai tetamu jemputan.
Seloroh Micheal dalam sesi temubual, dia mengimpikan seorang wanita yang kaya sebagai isteri agar isteri dapat menanggung perbelanjaannya.
Malah jelasnya juga, Datuk Seri Vida sering terjerat dengan lelaki sebegitu.
“ADOIIII MIKE.@michaelang38 .LAWAK KASAR NAMPAK..
Mmg saya selalu terkena dgn lelaki macam SETAN… HANJ,” tulisnya ringkas.
Terbaru, pelakon senior Zarina Zainuddin kini berada di Singapura untuk berniaga pulut kuning perusahaan miliknya.
Zarina telah berkongsi satu rakaman video bersama peminatnya di Instagram.
Menariknya, rakaman video tersebut kelihatan anak Zarina bernama Azal sedang mendukung seorang bayi.
“Azal suka baby naufal Bila jumpa baby mesti azal cakap tahu tak nak baca abc..”
“Baby kecik lagi tak boleh bercakap lagi azal ..last last baby tu nanggis ..kami sedang meniaga pulut d iBukit Panjang Hawker Market hingga hari Ahad”tulisnya.
Sebelum ini, penyanyi Nonny Nadirah telah memaklumkan penceraian dia bersama suaminya, Mohamed Mustain Mohamed Adnan.
Baru-baru ini, MH telah bertemu dengan Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin untuk bertanyakan keadaannya selepas melalui fasa penceraian.
“Saya pun di dalam fasa tengah menguatkan emosi saya, fizikal dan mental saya. Orang nampak saya kuat tapi sebenarnya saya pun manusia biasa dan saya juga seorang perempuan yang hatinya rapuh.”
“Orang pun tahu saya..sebelum ini dengan bekas pasangan saya begitu lama, dekat 9 tahun akan tetapi jodoh kita orang tidaklah begitu panjang…”
“Tapi apa yang saya percaya ini adalah antara sebab untuk saya berbalik kepada Allah.. “luah Nonny kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi yang berusia 29 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia masih lagi menyayangi bekas suaminya itu.
“Kalau nak cakap sayang, memang sayang. Airmata pun dah tak boleh nak keluar dah. Saya rehda..”
“Saya rasa sedih, memang teramat sedih saya tak boleh nak mengambarkan macam mana perasaan saya.”
“Akan tetapi dalam kesedihan saya itu ada kegembiraan. Saya merasakan memori itu akan tetap menjadi memori.Kita boleh simpan.. kalau benda yang baik tu saya rasa tidak ada masalah untuk kita simpan…”
“Cuma yang lagi rasa sedih lebih sikit tu tak sangka lah jodoh tak begitu panjang.. dan saya hanya berserah buat masa ini.”kata Nonny.
Di samping itu, MH sempat bertanyakan kepada Nonny mengenai penceraian rumahtangganya, Nonny menjelaskan salah satu punca penceraian itu berlaku akibat buatan sihir.
“Memang benda tu wujud, kita tahu benda sihir dan ghaib ni memang wujud. Saya percaya sihir yang paling jahat adalah sihir pemisah dalam rumahtangga.”
“Ya, saya percaya memang ustaz pun ada bagi tahu benda ni memang ada dalam rumahtangga saya.”
“Akan tetapi saya tak nak salahkan ataupun saya tak nak percaya 100% sebab tu saya perbaiki diri saya…”
“Saya minta dengan Allah, kalau betul ada yang dengki ataupun yang memang ada berbuat jahat ke atas perhubungan kami berdua, tolong tunjukan jalan keluar.”kongsi Nonny.
Akhir kata dari penyanyi kelahiran bintang Akademi Fantasi musim kelima itu turut berkata dia sentiasa mendoakan yang baik buat bekas suaminya itu meski sudahpun berpisah pada Oktober tahun lalu.
“Saya akan tetap mendoakan dia mendapat kehidupan yang lebih baik dan mendapat pasangan yang lebih baik daripada saya yang boleh jaga dia sampai bila-bila sebab saya memang tak pernah sayang orang yang macam mana saya sayang dia.”katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!