Pelakon dan usahawan, Abby Abadi hanya mahu memaklumkan situasi sebenar mengenai kisah hangat melibatkan anaknya, Marissa Dania ketika dijemput di dalam satu sesi temu bual bersama program Gempak yang dikendalikan oleh Sean Lee, baru-baru ini.
Menurut Abby, dia meminta ramai untuk memahami keseluruhan temu bual sebelum menghakimi.
“Saya terima jemputan (temu bual) untuk perbaiki keadaan, untuk menjelaskan, untuk bagi faham. Sesetengah orang Malaysia ni, bila diam sibuk nak tahu.
“Bila bercerita, kata macam-macam pula. Dah pengacara tanya, macam mana tahu pasal Thailand tu, saya cerita la point-point dia. Takdelah cerita segala.
“Kongsi sikit je untuk bagi tahu yang rajin mengata supaya jangan suka suka buat cerita, kata orang tak jaga anak semua. kita jaga, sehabis baik jaga…tapi anak tu yang diluar jangkaan.
“Dengar dulu keseluruhan podcast tu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya.
“Takkan saya terima untuk ditemuramah semata-mata untuk memburukkan keadaan. Dengar dulu. Kalau astro tak kuarkan point-point penting, saya akan minta dan akan keluarkan sendiri,” luahnya.
Abby berkongsi perkara itu menerusi Insta Stories di Instagram, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Abby turut menghargai mereka yang memahami akan hal ysng berlaku dan ini juga merupakan antara ikhtiarnya untuk menjernihkan keadaan.
“Pada yang faham, yang sama-sama rasai perasaan dan kasih sayang seorang ibu, terima Kasih.
“Sangat sedih dan terluka bila anak kita di persenda dan dicaci maki ikut suka.
“Menerima undangan untuk ditemuramah dalam podcast adalah usaha kecil saya menyelesaikan kemelut ini.
“Marissa anak saya. Amanah untuk saya, tanggungjawab saya untuk perbetulkan keadaan. Tak payah libatkan orang lain yang taknak terlibat,” jelasnya lagi.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Marissa didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Malah, Marissa juga didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai dan mereka turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
Namun, Aslam dan Misya kembali rujuk semula dalam edah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini