Terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian hampir RM19,000 gara-gara terpedaya sindiket pelaburan atas talian (scammer), pelakon, Abby Abadi memaklumkan kejadian tersebut berlaku tanpa pengetahuan suaminya.
Jelas Abby, suaminya, Muhammad Faizal Zakari reda dan menyifatkan segala yang berlaku merupakan ketentuan daripada Illahi.
“Walaupun saya kena tipu, suami kata, ‘tak mengapalah sayang, tiada rezeki tapi macam mana boleh kena?’. Tanya jugak tu?
“Saya cakap tulah pasal. Rasa dah macam group merepek dan dah terasa dah macam nk terkena. Teruskan juga. Macam diseru-seru.
“Duit berlebih gatal pulak. Kalau tiada berduit, tahu pula duduk diam,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instaram.
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan akui lega kerana suaminya itu bersetuju untuk menggantikan kesemua wangnya yang telah lesap.
“Suami memang tak tahu langsung fasal ni. Semua saya memandai sendiri. Konon kalau dapat, nak buat kejutan pada semua. Duit terpijak. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Ads
“Yang pasti, sudah minta suami ganti. Suami kata ok sayang. Terima kasih suami. Baikkan suami saya.
“Tapi serius macam mimpi pun ada ni tapi nak buat macam mana, dah transfer dah pun,” ujarnya lagi.
Akui kesilapan tersebut berlaku disebabkan kelalaian diri sendiri, namun Abby tetap berharap agar dipelaku mendapat hukuman yang setimpal di dunia dan akhirat.
“Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tak mengapa, Allah ada. Saya tuntut dekat Padang Masyar nanti. Nak senang hidup dekat dunia, scam orang dan tipu sana sini.
Ads
“Tak tahu ke mati seksa nanti? Kalau tak tahu, ni saya nak bagitahu, kalau berhutang pun sangkut, kalau begini apatah lagi.
“Jumpa nanti dekat sana ye scammer. Saya haramkan dunia akhirat,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menyifatkan kejadian ini sebagai pengajaran yang berguna.
“Sedinya. Semoga Allah gantikan berganda-ganda lagi berkat kesabaran. Mahal sungguh harga sebuah pengajaran. Rasa macam duit sendiri pula.
“Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk akak sekeluarga.
Ads
“Tak mengapa. Ini pengajaran untuk Akak Abby dan para pengikut. Ada hikmah disetiap perkara. Semoga perolek kebaikkan dan rezeki berlipat kali ganda daripada duit yang hilang tu.
“In Sha Allah, bila kita reda dengan apa yang kita sayang, Allah janji akan ada yang lebih baik yang akan datang. Semoga murah rezeki akak. Saya pernah kena dahulu. Suami juga sangat menyokong,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu, Abby memaklumkan dirinya telah terpedaya dengan janji manis sendiket scammer selepas namanya dimasukkan dalam kumpulan Telegram ‘Trade Free Income’.
Menurut Abby, dia telah dijanjikan pulangan sebanyak RM145,000 dalam masa tiga jam sekiranya dia melaburkan wang pendahuluan sebanyak RM4,000.
Selepas termakan pujukan sendiket tersebut, Abby memindahkan lagi wang berjumlah RM14,500 seminggu kemudian.
Sedar diri akhirnya ditipu, Abby terus membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan bintang kecergasan, Nana Al Haleq mengakui dia sudah pun berpisah dengan bekas suami yang dikenali sebagai Aleq lebih setahun lalu.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, mereka sudah pun berpisah sejak Februari tahun lalu.
“Selepas hampir setahun setengah kami cuba berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga tapi masih gagal menemui jalan penyelesaian.
“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak ada lagi persefahaman,” kata yang berkongsi hidup bersama lelaki berkenaan lebih lima tahun sebelum membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, Nana turut memberitahu, dia sengaja mendiamkan soal status diri memandangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterimanya. Malah, dia turut meminta orang di sekelilingnya agar tidak menghebohkan mengenai perkara tersebut.
“Lagipun kalau berita ini keluar ketika itu pasti bekas suami berasa tidak selesa. Namun saya rasa tahun ini adalah masa sesuai untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul serta tidak mahu pengikut memandang serong terhadap saya.
“Jujur perceraian ini tiada kena-mengena dengan karier seni saya. Apa yang berlaku hanya tiada persefahaman antara kami,” jelasnya lagi seperti yang dipetik.
Terdahulu, Nana dan Aleq mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2012 dan belum tidak dikurniakan zuriat.
Penyampai radio dan pelawak, Johan sangat sinonim sebagai seorang bapa yang penyanyang.
Mana tidaknya, setiap video dan gambar yang dikongsikan pastinya memberi 1001 perasaan kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anak.
Baru-baru ini, Johan ada memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagatnya bersama anak-anak meluangkan masa bersama.
“Yg korg nmpk.. reality nya gambar sebelah.. tah nape semalam sayu je.. tp mmg setiap kali berjemaah papa bg peringatan utk anak2.. sb arini sehari suntuk mama ngan papa keje.. so hanya kak doti je yg akan uruskan dorg..
“So papa pesan dgr ckp kak doti (maid) apa saja arahan dr kakak dorg kena ikut.. sb bila papa ngan mama keje.. kak doti la papa dan dia jugak mama.. jgn aniaya dia.. jgn sshkan ati mama papa..
Johan mengakui bahawa dia bukanlah berasal dari keluarga senang, justeru dia mendidik anak-anaknya agar hidup dalam keadaan bersederhana.
“Kamu sume bkn anak org kaya.. kalau belajar x pandai ke, apa ke trus dpt waris harta atau syarikat.. pesan papa lg.. kalau papa kaya skalipon tu duit papa ngan mama..
“Bkn duit kamu sume.. tanggungjwp papa utk membesarkan, mendidik, bg ilmu dunia akhirat.. so semua kena balance dan sederhana..
“Kalau kamu semua nk lebih.. tunggu kamu kerja nnt.. nak beli hp??? Nak motor?? Nak kereta?? Beli sendiri.. baru kamu appreciate diri, family , kehidupan bila kamu tahu betapa sshnya mencari rezeki,” tulis Johan.
Tambahnya lagi, usah terlalu memilih soal makanan dan perlu elakan pembaziran.
“Sbb tu papa ckp jgn trlalu milih makanan.. apa yg mama masak makan.. jgn komplen.. dan pastikan abes jgn bazir..apa yg mama sediakan pakai.. jgn demand.. papa masa kecik dulu ssh..
“Papa tegur sb papa syg.. dulu seminggu nak dpt mkn ayam pon ssh.. selalunya makan nasi, minyak dgn garam jek.. nak air abc?? Carik besi jual.. baru dpt.. korg sume hari2 papa boleh bg ayam.. so bersyukur la nak..
“ Allahu.. sunyi umah.. yg kita dgr bunyi esakan tangisan anak kecil.. haziq kat tepi dh bape kali kesat air mata.. di usia 6 tahun dan memahami apa yg cuba disampaikan papa dia…
“Walaupon esoknya mungkin boleh buat prangai sama balik.. tp sekurangnya dia ada hati.. tu yg kita nak.. abg ariq n abg sodiq dh banjir..
“Mama tahan sebak.. papa mata dh merah… kak doti n moleiq tunduk seolah2 paham isi hati papa.. chantiq???? Haissshhh dia dh berkeroh sblh aku????♀.. anak bertuah semuanya.. #kasihnyaayah #kasihnyaibu
Di akhir kapsyen,Johan mendoakan agar keluarganya sentiasa dalam lindungan Ilahi.
“Ya Allah.. kau peliharalah dan lindungilah keluargaku dan juga semua hambamu didunia ini ya Allah.. aameen..,”akhiri Johan.
Untuk rekod, Johan dan isterinya Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Video : IG Johan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video dimuat pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mencetuskan viral sekaligus mengundang pelbagai komen warganet.
Dikongsikan sejak 4 April lalu di Instagram Tya, video berkenaan sudah mencecah lebih 17.3 juta tontonan dan ia sebenarnya adalah antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Menurut Tya, dia terharu dan menjadi satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.
Sementara itu, Ogy menjelaskan, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik yang betul bagi menampakkan hasil yang realistik.
“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.
Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” kata Tya lagi.