Nampaknya makin meriahlah industri hiburan dengan anak-anak selebriti yang comel.
Mislanya Anzalna Nasir yang sudah pun mengandung empat bulan telah berkongsi video sewaktu sedang melakukan sesi fotografi.
Perkongsian tersebut dibuat finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini menerusi Instagram.
“Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.
Ads
“Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka! Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha…
“Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys.
“Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe,” tulisnya.
Bintang media sosial, Hafiz Mahamad menyedari media sosial merupakan satu platform yang pernah membuatkan dirinya dan isteri, Syafiqah Aaina ‘down’.
Sekitar akhir tahun lalu, Aaina pernah mengalami kemurungan apabila produk kecantikannya dikritik dan dihentam oleh netizen.
Bagaimanapun, Hafiz tenang menghadapi dugaan tersebut dan memberikan kekuatan kepada isterinya.
“Abang jangan sweet di Social Media je tau” Sayang takut
“Saya tahu social media bahaya & pernah ‘makan’ diri isteri saya
“December 2017, isteri & business @ainaabeautyofficial dihentam teruk. Keadaan isteri saya sahaja yg tahu, kawan kawan ada yg gelak & ada yg support
“Waktu tu, saya hanya pesan dekat Aina. KITA HANYA ADA ‘HOPE’. KALAU KITA TERUSKAN, KITA TAKTAU APA AKAN JADI, TAPI KALAU KITA BERHENTI, BERMAKNA KITA KALAH
“Ayat ayat manis selalu bermain dalam setiap masa ketika itu. Hakikatnya dalam hati selalu ada persoalan, “Apa perlu aku buat untuk pastikan isteri aku kembali kuat?”
“Saya tinggalkan business saya sementara, sukan bodybuilder saya hanya untuk kembalikan senyuman isteri saya. Saya berjalan bersama dia, untuk dapatkan balik hak kekuatan dalam diri isteri saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hafiz percaya bahawa setiap kekecewaan pasti akan munculnya kebahagiaan.
“Allah maha adil, hampir 3 tahun. Macam macam dia bagi. Dalam diri AINAA & business dia, banyak cerita kebahagiaan. Kenapa? Kerana dia bermula dengan kekecewaan
“Semoga team management & All AINAA SQUAD dapat rasai pengorbanan & kebahagiaan yg cuba kami beri selama ni
“InsyaAllah saya akan ‘fight’ untuk kebahagiaan semua.
“Pesan saya, jangan kita mudah untuk bash orang. Kalau kita suka melihat orang lain susah, cuci hati tu balik. Sebab kita kena selalu ingat, takut nanti kita yg susah,” tulisnya.
Sementara itu, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu, kini sedang menikmati percutian di Maldives bersama anak sulung, Raisya Arissa.
Kumpulan Dolla yang kini kian mendapat tempat di hati para peminat mendedahkan mereka sememangnya ada memasang impian untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
Bagaimanapun, menurut salah seorang anggotanya, Tabby, Dolla ketika ini lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan dalam menambah baik kualiti persembahan mereka.
“Kami juga sebenarnya berharap begitu (ke Hollywood). Bagaimanapun, saya rasa pada ketika ini, Dolla ingin memberikan fokus untuk memperbaiki setiap kelemahan yang kami miliki.
“Semenjak perlaksanaan PKP ini, kami akui agak sedikit sukar untuk membuat sebarang perancangan yang jelas mengenai masa hadapan kami.
“Jadi, kami pilih untuk memanfaatkan masa yang terluang ini untuk berusaha menambahbaik mutu dan kualiti yang akan Dolla persembahkan pada single yang seterusnya.
“Kami juga berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri kami sendiri,” katanya kepada MH majlis sidang media single Dolla, Berani secara virtual baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah Dolla akan meletakkan sebarang syarat sekiranya mendapat tawaran ke Hollywood, ini reaksi yang diberikan seorang lagi anggotanya, Sabronzo;
“Sekiranya kami ada menerima tawaran untuk mengembangkan lagi karier kami, sudah tentu kami akan pertimbangkan.
“Apa sahaja yang akan kami lakukan pada masa hadapan, saya rasa sebagai anggota Dolla kami tidak akan sesekali mengubah identiti kami. Kami juga tidak akan lakukan sesuatu yang membuatkan kami tidak selesa.
“Malah, kami juga tidak mahu dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak kami inginkan. Kuncinya di sini, kami lebih selesa untuk menjadi diri kami sendiri,” ujarnya.
Sabronzo turut menambah, Dolla ketika ini dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama peminat buat pertama kalinya sepanjang grup ini ditubuhkan.
“Perancangan utama kami selepas ini adalah untuk bertemu dengan peminat buat pertama kalinya. Kami belum berkesempatan untuk bertemu mereka secara empat mata.
“Sekiranya perkara tersebut berlaku, kami sememangnya berasa amat gembira. Kami merancang untuk mengadakan persembahan memandangkan kami belum pernah berbuat sedemikian untuk para peminat.
“Sebolehnya kami ingin mengadakan persembahan secara langsung di hadapan para penonton,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Berani merupakan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk mengangkat martabat wanita menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan.
Dolla dianggotai oleh empat orang gadis serba boleh iaitu Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!