Beberapa hari lalu, pelakon Datin Anne Ngasri telah mengajurkan majlis akikah anak kelimanya, Nefa Naura.
Disambut dengan cukup meriah bersama hiasan katil beradu bayi nan indah, Anne juga turut meraikan hari ulang tahun perkahwinannya keenam bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan.
Malah, Anne turut menitipkan kata-katanya buat suami tercinta menerusi Instagram.
“All these years, you have been amazing. As a dad to our kids and also my lover, I have been happy in your arms and I could see that we’ll be happier for the rest of our days.
“Syukur Alhamdulilah, Thank you for everything. With Your humble attitude and sacrifice, Ur warmth hugs. Happy anniversary 6years , I thank God for giving me the best husband like u! @mohdsumali_molly,” tulisnya.
Sementara menerusi posting terbaru yang dikemas kini pula, Anne turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam majlis yang telah diadakan.
Pelamin cantik by @seridelimabridal Alhamdulillah sangat cantik bukan saja dimata saya tetapi semua tetamu yang hadir.
“Sejak dari majlis nikah saya, majlis aqiqah Sufi dan sekarang Nefa, saya dan keluarga memang berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
“Semoga ada rezeki untuk menggunakan khidmat mereka lagi. Terima kasih semua. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki,” kongsi Anne.
Terdahulu, Anne yang sinonim menerusi drama kanak-kanak, Cili Padi telah melahirkan Nefa Naura pada 28 November lalu.
Foto: Instagram Anne Ngasri