Pasangan ‘Ada’ yang sedang mencipta sukses dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia menerusi sebuah konsert yang epik berjudul ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ pada 28 September 2024 depan.
Konsert istimewa itu bakal berlangsung di Megastar Arena, KL yang dibawakan khas Kharisma Music sementara penganjur utama konsert ini adalah jenama kosmetik terkenal, Alha Alfa, dan penganjur bersama Intan Gelombang serta Futurace.
Jualan tiket sudah pun mulai dijual sejak 10 Julai lalu menerusi Ticket2u.
Kesemua kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.
Malah, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut buat peminat yang memberi tiket awal bermula 10 dan 11 Julai lalu;
- Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
- Escape (RM338, harga biasa RM438)
- Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
- Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
- Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
- Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)
Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda juga berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coex Akhirnya Terkeluar Big Stage 5 & Markah Hanya 57.33%, Gagal Lolos Suku Akhir
Kumpulan Coex diumumkan sebagai peserta kelima yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi sekaligus gagal bersaing di peringkat suku akhir, minggu hadapan.
Coex menyampaikan lagu Cupid yang dipopularkan oleh Fifty Fifty tersingkir selepas menduduki tiga tempat tercorot di samping Aufahanie dan Dem Lepak Boyz.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional minggu ini;
1. Nadeera Zaini – 97.67%
2. Firdaus Rahmat – 85.00%
3. Waode – 84.33%
4. Hoondoo – 82.67%
5. Putera Muhammad – 80.00%
6. Puteri Khareeza – 69.00%
7. Aufahanie – 67.00%
8. Dem Lepak Boysz – 60.33%
9. Coex – 57.33%
Bertemakan Selebriti Memilih, kesemua peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Misha Omar.
Sementara itu, Nadeera memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Minggu hadapan, para peserta akan menyanyikan lagu-lagu pilihan juri dalam saingan suku akhir.
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Bertemakan Pyjamas, Ini Foto Menarik Sekitar Hari Jadi Emma Maembong, Lawanya Dia!
Comel dan manja. Mungkin itu yang boleh digambarkan dalam situasi hari jadi pelakon, Emma Maembong yang ke-27, bertemakan pyjamas (baju tidur).
Emma tampil comel dengan pyjamas berwarna merah hati kelihatan sangat gembira apabila dikelilingi sahabat yang sudi meraikan hari jadi bersama.
View this post on InstagramA post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Meski hari jadi Emma adalah pada Rabu lalu, namun majlis tetap dijalankan dengan meriah sekali malam tadi di Black Pearl Events, Shah Alam.
View this post on InstagramA post shared by @emma_maembongofficial FC (@emanizers) on
View this post on InstagramA post shared by K I E R A️️? (@n.sykra) on
Turut hadir bersama adalah ahli keluarga, rakan artis dan kawan-kawan terdekat.
View this post on Instagram❤️ #emmaturns27 #livelifetothefullest
A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by Malaysia's Exclusive Sleepwear (@smsleepwear) on
Foto: Instagram Emma Maembong, Fan Club Emma
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Hitung Hari Bergelar Isteri
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin pernah mendedahkan sebelum ini, dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun ini secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 41, menjelaskan, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islam dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya berdoa agar segalanya berjalan lancar.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
“Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua. Apapun, insyaAllah majlis serba ringkas seadanya sahaja.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
“Betul-betul rapat tahun lalu, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI