Konsert Aisha Retno Malam Sutera oleh penyanyi Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini dibatalkan.
Perkara tersebut dimaklumkan penganjur konsert terbabit iaitu Kharisma Music International, menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram, pada Jumaat.
Menerusi hebahan itu, pihak penganjur memaklumkan pembatalan konsert susulan prestasi jualan tiket yang perlahan.
“Sukacita kami maklumkan bahawa konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp KL, dibatalkan susulan jualan tiket yang rendah.
Ads
“Dan pihak pengurusan artis juga mengambil keputusan untuk tidak menunda konsert berkenaan,” maklum kenyataan terbabit.
Ads
Penganjur turut memohon maaf selain menyatakan ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diputuskan.
Dalam pada itu, pihak penganjur juga memaklumkan bagi peminat yang sudah membeli tiket konsert, pemulangan wang akan dilakukan dalam tempoh tertera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.
“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Mira turut mengesahkan dia sudah pun dipinang orang. Bagaimanapun pelakon itu tidak berkongsikan hal tersebut secara terperinci.
Namun, Mira secara jujur mengakui sudah pun melakukan persiapan ke arah tersebut dan masih lagi berada di peringkat awal.
Pada masa sama, hos program Nona itu juga tidak menafikan akan ada sebuah majlisnya pada Oktober depan dan akan terbuka berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.
“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.
“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.
“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” kata Mira kepada ditemu bual.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan pelawak Man Pos seakan-akan meluahkan isi hatinya.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada yang menganggap Man seakan kecewa kerana tidak dipilih untuk terlibat di dalam program sitkom popular, Sepahtu Reunion Live musim ini.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Man memaklumkan dirinya memang ada meletakkan harapan namun, dia akui Sepahtu berhak membuat penilaian sendiri.
“Ramai yang minta saya bersabar dan katanya mereka tahu saya nak tujukan video itu kepada siapa. Saya pun pelik kerana video tersebut dibuat secara rawak sahaja.
“Rupanya mereka kaitkan video tersebut dengan program Sepahtu Reunion Live.
“Bagi saya, Sepahtu ada penilaian mereka sendiri walaupun mereka kerap mengusik dan mengatakan saya bakal menjadi ahli tetap.
“Selepas mereka kata sebegitu, saya pun dah berangan-angan. Mesti seronok dapat sertai mereka setiap minggu dan saya boleh kembangkan bakat serta idea untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya kepada MH.
Juara Raja Lawak musim ke-5 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim, baru-baru ini.
Pada masa sama, Man akur dengan keputusan Sepahtu yang lebih memilih beberapa orang Tik Tokers untuk terlibat dengan program mereka musim ini.
“Bila mereka mengambil empat orang Tik Tokers, ada pula yang kata, apa salahnya mereka selitkan nama saya seorang. Padahal nama saya sudah selalu disebut-sebut.
“Pada saya, rezeki sudah tertulis sebegitu. Takkanlah kita nak paksa orang. Kalau mereka rasa cara begitu lebih baik, teruskan sahaja.
“Saya akui memang meletakkan harapan untuk sertai Sepahtu. Nama mereka sudah besar. Dulu kita ada Senario, kini ada Sepahtu.
“Kalau saya sertai Sepahtu, tawaran kerja tidak akan terhenti di situ sahaja. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berbincang secara peribadi bersama kumpulan Sepahtu untuk menyertai program mereka, Man memaklumkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
“Saya bukanlah ego tapi ada harga diri. Kalau berjumpa, kita borak seperti biasa. Kalau mereka buat diam, takkan saya nak tanya pula. Saya ni juara Maharaja Lawak 2019 dan Raja Lawak 2005.
“Bila Allah nak bagi kita sesuatu perkara, itu adalah benda baik. Kalau Allah tak bagi, itu bermakna Dia nak bagi hal yang lebih baik.
“Saya reda dan positif. Video yang saya buat itu sekadar konten sahaja. Kalau berkait pun hanya kebetulan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Man merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem terbaharu arahan Asmawi Ani yang berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi sekeping foto sedang memangku bayi lelaki yang menjadi permata hatinya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.
Memuat naik foto sejurus bersalin di Instagram itu, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail menitipkan ucapan selamat buat para peminatnya awal semalam.
“Good night semua from us,” tulis Emma ringkas.
Sebelum ini, pelakon berkenaan telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya itu kira-kira jam 2.38 pagi, 8 November lalu dan turut membuka akaun IG,@eslovestory khusus bagi berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak serta mengucapkan selamat berpantang buat Emma.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!