Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.
Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.
Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.
Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.
“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.
“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
Ads
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.
“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.
Ads
Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.
Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.
“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia. Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.
Ads
“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.
Objektif penganjuran konsert ini adalah untuk memartabatkan muzik dangdut di Malaysia yang selama ini dipandang sebagai genre muzik kelas kedua.
DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.
Malah untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.
Layari media sosial rasmi Konsert Milenia bagi mendapatkan tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai individu yang prihatin terhadap situasi hujan berterusan sejak semalam hingga menyebabkan musibah banjir di beberapa kawasan terutamanya di sekitar Lembah Klang.
Pelakon Anzalna Nasir misalnya menjadi antara selebriti yang turut terkesan dengan nasib menimpa mangsa banjir hingga menyebabkan rumah mereka dinaiki air sekali gus merosakkan harta benda.
Menerusi Insta Stories yang dikongsikan pada Sabtu, finalis Dewi Remaja 2010 ini bermurah hati untuk membantu sekadar yang termampu.
“Sedih tengok banyak rumah dinaiki air, kereta dan motor rosak. Semoga tabah menghadapi dugaan dan semoga dipermudahkan segalanya.
“InsyaAllah Anzalna akan tolong apa yang mampu. Kepada keluarga yang mempunyai anak kecil please DM kalau memerlukan pertolongan dari segi keperluan harian,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut risau dengan nasib mereka yang terjejas teruk akibat banjir, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan anak-anak kecil yang turut terlibat sama.
“Selalunya bila hujan lena tidur tapi kalini tak tidur pun tak apa sebab risau.. Terfikir keluarga yang ada anak-anak kecil kesejukkan.
“Sekarang pun hujan masih berterusan. Hanya Allah sahaja mampu melindungi kita semua. Marilah kita berdoa,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengakui berasa sangat bimbang melihat keadaan wabak Covid-19 terutamanya bagi mereka yang bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Jelas Lufya yang turut berada di pulau berkenaan bersama anaknya pada tempoh tersebut, dia akan segera menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
“Nak bercakap sikit pasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni. Tak dinafikan memang menggelabah sikit la bila dengar berita ini. Ramai dah pi swab test lepas balik Langkawi.
“Rasanya kena buat jugak ni. Tolong suggest mana klinik yang berpatutan untuk kami buat swab test ini ya?,” tulisnya,” tulisnya.
Katanya lagi, dia kecewa melihat tingkah laku segelintir pihak yang tidak mengambil peduli mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak tersebut.
“Dah setahun kita terperuk kat rumah dengn pelbagai cabaran dalam hidup setahun sekali ni nak jugak la bawak anak jalan holiday happy-happy dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita ni SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya.
“Teringin jugak nak gi Pantai Cenang tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu, ramainya pengunjung datang ke Pantai Cenang dengan tak pkai mask dan bersentuhan, kami batalkan hasrat nak kesana dan mengambil keputusan untuk ke private island(so tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang,” kongsinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 ini turut menyeru kepada orang ramai agar lebih berhati-hati lagi selepas ini terutamanya saat kehadiran gelombang baru yang dikatakan bakal tiba tidak lama lagi.
“Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik ni sebab orang ramai dah lega and take things for granted sebab vaksin bakal ada.
“Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tau keberkesanannya lagi.
“So korang sayangilah nyawa masing-masing apalagi yang ada berhubung dengan anak kecil dan orang tua. Jaga jarak dan pakai mask.
“Ambil supplement vit c without failed to boost ur immune system. Kita jaga kita bukan kita pentingkan diri kita ya darls. Satu lagi Nabi pesan : ‘Pada habbatussauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati’,” akhirinya.
Sumber: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya suka pakai skaf, malah setiap kali pergi bercuti saya mesti akan bawanya bersama.”
Demikian dedikasi daripada sosialit dan ikon fesyen terkenal, Ezurin Khyra yang kini tampil melancarkan skaf di bawah jenama E for Ezurin.
Mengambil masa sekitar tiga bulan, Ezurin berkata dia terlibat dalam proses penghasilan sedari awal.
“Bagi saya, nampak lebih stail kalau ada skaf sebagai pelengkap gaya. Misalnya kalau pakai jaket, lilit sahaja di leher sudah nampak ‘wow’.
“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 rekaan skaf untuk kempen E for All yang diinspirasikan sempena 10 lokasi kegemaran yang saya pernah lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Mulan, Madrid dan Kuching, yang paling istimewa,” katanya kepada MH.
Ditanya mengapa sekarang memilih untuk melancarkan ‘buah tangan istimewa’ kepada peminat dan pencinta skaf, Ezurin akui komitmen dalam soal anak-anak menjadi keutamaan sebelum ini.
“Anak-anak saya sekarang semuanya sudah besar. Kalau dulu, i was a busy mum. Saya mempunyai lima cahaya mata. Anak sulung kini sudah bekerja sementara yang bongsu pula sedang ikuti pengajian tinggi.
“Jadi rasanya kini saya ada ruang masa yang lebih. Jika tidak dulu ketika anak-anak masih kecil, sudah pasti masa itu agak terhad. Saya cenderung untuk selalu pantau mereka dalam pelajaran contohnya. Sekarang ia jadi lebih mudah untuk saya (terokai bidang baharu),” katanya lagi.
Pada masa sama, koleksi skaf eksklusif yang terdiri daripada 10 rekaan corak ini dirasakan mampu memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani dalam bergaya.
Ezurin menambah, menerusi kempen E For All, ia tidak hanya terhad kepada wanita muslimah sahaja, sebaliknya setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.
Lebih istimewa, harganya juga mesra pembeli seiring dengan harapan Ezurin untuk melihat lebih ramai wanita yang bijak menata gaya.
“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.
“Setiap koleksi E For All dijual pada harga RM29.00 dan boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar selain secara dalam talian.
“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!