Selepas hampir 40 tahun bertapak dalam industri seni, Datuk Sheila Majid melahirkan perasaan terharu dan bersyukur kerana lagu-lagu nyanyiannya masih lagi menjadi siulan ramai.

Malah, Sheila, 58, gembira apabila Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang dijayakannya dibanjiri lebih 3,000 peminat termasuk daripada golongan muda.

“Sekarang saya tengok ramai budak-budak muda juga yang layan (lagu-lagu saya).

“Dulu kan selalu mak-mak dan bapa-bapa mereka sahaja tapi sekarang saya tengok ramai budak muda.

Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda

“Mungkin bila ada festival, DJ selalu mainkan lagu Sinaran, mereka remixkan dan ia secara tidak langsung memberi nafas baru buat kerjaya saya and in a way it will keep my career longer,” katanya kepada MH.

Ads

Sheila ditemui sebaik usai menjayakan Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.

Memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam, Sheila yang tampil anggun dengan dua persalinan menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Pengemis Muda, Gerimis Semalam, Rahsia Hati, Ku Mohon, Antara Anyir & Jakarta, Aku Cinta Padamu dan lagu yang paling ditunggu-tunggu ramai, Lagenda serta Sinaran.

Sheila turut mendedikasikan satu segmen khas di mana dia menyanyikan beberapa lagu medley nyanyian Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Getaran Jiwa, Aduh Sayang, Bunyi Gitar dan Manusia.

Sheila menampilkan kelainan dengan membawakan barisan 20 pemuzik yang terdiri daripada pemain saksofon, piano, trumpet dan keyboardist mengiringi persembahannya itu yang diketuai oleh pengarah muzik tersohor Mac Chew.

Ads

Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda

Menariknya lagi, Sheila turut berkongsi dengan mengimbau kenangan di mana Dewan Merdeka merupakan venue konsert pertamanya pada tahun 1988 dan bersyukur dapat kembali semula ke lokasi sama selepas 35 tahun berlalu.

“Buat anda yang tidak tahu, Dewan Merdeka ini merupakan lokasi konsert pertama saya pada tahun 1988. Rasa gembira dapat kembali semula ke sini.

Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda

Ads

“Kalau siapa yang pergi konsert itu dan malam ini dia pun berada di sini, anda semua mesti sudah berusia 45 tahun ke atas kan,” seloroh Sheila disambut tawa para penonton.

Konsert Sheila Majid & The Big Band dibawakan penganjur JioBuddy dengan kerjasama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit foto:  Jio Buddy & Echolaliapictures.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI