Siapa yang tak kenal dengan pelantun lagu Bayang, Khai Bahar yang terkenal melalui aplikasi Smule. Malah mendapat jolokan King Of Smule daripada peminat.

Atas popularitinya yang melonjak, penyanyi itu akan menjayakan konsert di Hong Kong. Wow! Bukan calang-calang penyanyi dapat menunjukkan bakat di luar negara.

Menurut Khai, dipetik dari sebuah portal, konsert itu ditaja sepenuhnya oleh kelab peminatnya daripada Indonesia yang menetap di Hong Kong. Mereka telah mengumpul dana bagi mereliasasikan impian penyanyi itu membuat persembahan disana.

Konsert Khai Bahar Di Hong Kong Terpaksa Ditunda

Ads

Bagiamanapun, malangnya konsert itu terpaksa ditunda pada Mac tahun depan dan bakal diadakan di lokasi sama di Southorn Stadium, Hong Kong.

“Alhamdulillah, tiket konsert terjual 1,500 keping. Cuma, saya sedih kerana tidak dapat menghiburkan mereka seperti dijanjikan. Saya sudah bersiap sedia untuk membuat persembahan, tiba-tiba siren amaran dibunyikan.

 

“Kesemua peminat yang berada di stadium pula tidak dapat keluar. Selepas beberapa jam, ada peminat terpaksa pulang namun masih ramai yang sanggup menunggu.

 

“Bagi tidak menghampakan, saya tetap pergi bertemu mereka. Saya sempat meluangkan masa dan keluar berjalan,” katanya

Menurut Khai, pembeli tiket terdiri daripada peminatnya yang datang dari Singapura dan Macau selain rakyat Indonesia yang menetap di Hong Kong.

Ads

Konsert Khai Bahar Di Hong Kong Terpaksa Ditunda

Walaupun konsert itu terpaksa ditunda, namun, peminatnya yang telah membeli tiket masih dapat menggunakannya pada tahun hadapan.

Ads

“Masalah yang timbul bukan berpunca daripada mana-mana pihak sebaliknya kerana amaran membabitkan keselamatan,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Khai merupakan pemegang title Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH dan Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 3.0 pada tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI