Berita baik buat warga Sarawak, khususnya di Miri! Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan acara muzik berskala besar, Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini bertempat di Stadium Tertutup Miri.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).
Bakal menjadi satu momen bersejarah, ini merupakan kali pertama MeleTOP menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.
Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi.
Konsert ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan platform Sooka.
Ads
Konsert Berkat Gawai – Kaamatan Terus Meriahkan Sambutan
Kemuncak kemeriahan turut diteruskan pada 21 Mei dengan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan yang menampilkan barisan artis hebat termasuk Ella, Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, dan Marina Jara dari Kalimantan.
Perayaan Gawai dan Kaamatan bermula jam 7.30 malam dan bagi yang terlepas, siaran ulangan akan disiarkan di TVS pada 31 Mei 2025, jam 9.00 malam.
Konsert ini dijangka memberikan pengalaman luar biasa kepada penonton dalam meraikan sambutan budaya yang penuh warna-warni.
Dorongan Besar Demi Industri Kreatif Sarawak
Ads
Terdahulu pengumuman dua konsert ini telah dibuat di Astro, Bukit Jalil dan dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak (MYSED), baru-baru ini.
Menurut Abdul Karim, acara ini menjadi dorongan besar untuk industri kreatif di Sarawak.
“Jutaan tahniah buat TVS dan Astro yang telah menjalinkan kerjasama untuk membawakan acara yang sememangnya istimewa buat warga Miri dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau turut menambah, konsert sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah mampu menarik pengunjung dari seluruh Malaysia dan negara jiran, sekaligus merangsang ekonomi tempatan.
Ads
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal, menyatakan komitmen untuk membawakan kemeriahan sempena ulang tahun ke-20 Bandar Raya Miri.
Penolong Naib Presiden Astro, Elyna Rahmat pula berpendapat, muzik sebagai elemen penyatuan dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.
Dengan kemasukan percuma dan barisan bintang popular, dua konsert ini pastinya menjadi antara acara yang paling dinanti di Sarawak!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Dolla, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ella & SMDX
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pembaca berita Hawa Rizwana Redzuan ada menulis satu twit di akaun Twitter miliknya.
Menerusi twit tersebut, Hawa telah meluahkan rasa sedih terhadap segelintir individu yang menuduh dirinya mengunakan ‘kabel’ atau erti kata lain ‘orang dalam’ untuk menjadi seorang pembaca berita di TV3.
“Sedih pulak bila orang fitnah ayah. My ayah. Kite tau kite tak patut bother pun about it because it’s not true at all. Tanyalah lecturer kite yang hantar nama kite dan kawan kawan lain untuk internship dekat tv3, tanya lah those yang melamar kite untuk mock run news presenting,
“Tanya lah, did my dad ask anyone there to give me a job as a journalist, a news presenter? Do not hurt my ayah, do not fitnah my ayah. I’m trying my best to make him proud of me, not using him. He is my ayah.
“Apa yang betul is, di sebalik reporting kite, interviews, live cross over & talk show, memang i refer to my ayah. He is indeed the best. Tagline “Raja Kita Selamat Bertakhta” yang digunakan oleh kite and Raza masa pertabalan pun, ayah punya idea. Petik dari Negaraku. Ayah.,” tulisnya.
Sedih pulak bila orang fitnah ayah. My ayah. Kite tau kite tak patut bother pun about it because it’s not true at all. Tanya lah lecturer kite yang hantar nama kite dan kawan kawan lain untuk internship dekat tv3, tanya lah those yang melamar kite untuk mock run news presenting
Kongsi Hawa, bapanya telah banyak membantu dan mengajar dirinya untuk menjadi seorang pembaca berita yang baik.
Lantas, perkongsian Hawa ini mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, peminat juga turut memberikan kata-kata semangat kepada Hawa untuk tidak menghiraukan kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Untuk rekod, Hawa dilahirkan pada 7 September 1995 dan merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam.
Foto : Twitter Hawa Rizwana Redzuan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin telah berangkat ke Prague, Jumaat lalu atas komitmen kerja.
Akibat terlalu rindu akan Amyra dan Amar, anak mereka Aqeef Anaqi bertindak emosi apabila dia menyarungkan beg kertas di bahagian kepalanya.
“Sebab terlalu rindukan Mommy & Daddy yang pergi #BataFashionWeekend, maka dengan itu @aqeefanaqi pon buat runway fashion show #BataFashionWeekend2019 di rumah dengan tema “ #comfortablewithit,” tulis Amar.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Afifah berkongsi berita...