Selepas menarik diri daripada sebuah konsert baru-baru ini, hasrat peminat untuk melihat penyanyi, Stacy beraksi di pentas besar bakal menjadi kenyataan.
Menurut Stacy, dia kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan konsert solo yang dijaualkan bakal berlangsung pada Jun tahun hadapan.
Katanya lagi, tawaran untuk mengadakan konsert solo ini sebenarnya sudah diterima lebih awal berbanding Konsert A Night With Sumandak Stars.
“Saya sebenarnya memang dalam perancangan untuk buat konsert. Pada bulan September lalu, memang sudah ada perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan konsert solo saya yang dijadualkan tahun hadapan.
“Kemungkinan konsert itu akan berlangsung pada bulan Jun. Kini, saya perlu tunggu sesi sidang media untuk maklumkan lebit lanjut mengenai konsert tersebut,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru berjudul Menyala, baru-baru ini.
Jelas Stacy lagi, perbincangan untuk menarik diri sebenarnya telah berlangsung secara baik demi memberikan terhadap penganjuran konsert solo.
“Disebabkan hal ini juga, saya bagi tahu penganjur yang saya perlu menarik diri daripada konsert sebelum ini. Saya tak dapat join sebab saya memang sudah menuju ke konsert solo.
“Sebenarnya berbincangan tersebut berlaku dengan sangat baik dan ia hal kecil sahaja. Mungkin perkara ini turut melibatkan media dan orang luar. Jadi, tercetusnya banyak spekulasi dan isu ini jadi besar.
“Sebagai artis, konsert ini merupakan perkara biasa. Selesai satu konsert, kita ke konsert lain pula. Tak perlu nak berat-beratkan kepala.
“Saya rasa ini hanyalah salah faham dari pihak Stacy nak menuju ke konsert sendiri. Saya sudah mendapat tawaran konsert solo ini lebih awal berbanding konsert Sumandak Stars,” katanya lagi.
Ditanya mengapa konsert solo itu bakal diadakan di Sabah, ini jawab Stacy;
“Sebelum ini, saya sudah adakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas. Namun, itu hanyalah solo projek. Pihak saya berharap, kalau konsert di Sabah ini berjaya, memang kita plan untuk ke Semenanjung pula.
“Di Sabah ini hanyalah permulaan. Mudah-mudahan orang ramai boleh menerima konsert saya ini,” akhirinya.
Terdahulu, Konsert A Night With Sumandak Stars menampilkan Marsha Milan, Nikki Palikat, Adira Suhaimi, Bella, Wani Kayrie, dan Didi Astillah itu telah berlangsung dengan jayanya di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.