Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjihad dengan cara tersendiri dengan terus memuat naik hantaran berbentuk maklumat dan perkembangan di Palestin.

Malah apa yang dilakukan isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut membuka mata beberapa pihak luar untuk berkolaborasi dengannya bagi memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di negara bergolak itu di media sosial.

“Sebenarnya, kita muat naik sajalah…. buat kerja kita, dan itu sebagai antara cara jihad kita. Tapi, mengenai apa yang diperkatakan misalnya hal berkaitan dengan pengiktirafan dan sebagainya, saya tak pasti. Ia berlaku secara tiba-tiba.

“Mengenai ‘collab’ itu, memang ia datang daripada pihak mereka, mereka ‘invite’. Mungkin mereka melihat agaknya kita kerap buat hantaran mengenai Palestin dan sebagainya.

“Ada juga beberapa bantuan yang kita lakukan bersama dan sebagainya. Jadi, dari situlah mereka bersama dengan saya untuk terus menyebarkan maklumat berkaitan Palestin.

“Itu jugalah menjadi antara sebab saya tidak terlalu berkongsi mengenai kehidupan peribadi atau kebahagiaan di media sosial,” katanya.

Fazura pada masa sama bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk terus berkongsi mengenai perkara itu meski ada yang berpendapat kelantangan yang dibuat mungkin boleh menjejaskan kerjaya.

“Semuanya datang daripada Allah. Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan itu. Ramai juga sebenarnya yang risau, takut kalau selepas ini tak dapat tawaran kerja dan sebagainya. Tapi, ini jihad saya.

“Allah tahu niat saya. Jadi saya percaya, rezeki datang daripada Allah dan saya tak risau sama ada akan ada tawaran kerja ataupun sebagainya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Sama-samalah kita bersuara bagi mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial #MHnews Selebriti dan usahawan, Nur Fazura tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjihad dengan cara tersendiri dengan memuat naik hantaran berbentuk maklumat dan perkembangan di Palestin secara konsisten. Malah apa yang dilakukan isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut membuka mata beberapa pihak luar untuk berkolaborasi dengannya bagi memberikan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku di negara bergolak itu di media sosial. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Islam – Lafina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI