Susulan kontroversi ada laporan yang mendakwa dia telah mencederakan bekas tunang yang juga seorang pelakon, Syafie Naswip enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pengurusnya, Badrul Hashim seperti yang dipetik Kosmo!.
Katanya lagi, tiada kenyataan yang ingin dikeluarkan daripada pihak Syafie buat masa ini.
Berita penahanan seorang pelakon lelaki yang didakwa telah mencederakan bekas tunang dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, di sini pada 26 Jun lalu mulai diperkatakan ramai.
Apatah lagi, ia dikatakan melibatkan pelakon yang dikenali.
Rentetan daripada kes berkenaan, individu tersebut ditahan polis pada Sabtu lalu selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara. Namun, dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil kenyataan.
Terdahulu, Syafie pada 21 Julai lalu mengumumkan ikatan pertunangannya dengan Aishah sudah pun putus dan ia bukan berpunca dari pihak ketiga.
Foto: Instagram Syafie Naswip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Alami Pening Kepala Yang Tak Henti,” – Buat Pemeriksaan Darah & X-Ray, Ryan Deedat Kongsi Pengalaman Anxiety
Pengalaman berdepan dengan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19 di negara ini beberapa bulan lalu mendorong penyanyi, Ryan Deedat untuk menghasil single terkininya yang telah pun dilancarkan Julai lalu.
Masih lagi rancak menjadi bualan, single keempatnya yang berjudul Menari Dalam Gelap itu menjadi naskhah terkininya yang digarap bersama Heil Nuan.
“Jujurnya, idea untuk menghasilkan lagi ini tercetus ketika kita semua berdepan dengan penguatkuasaan (PKP) atas situasi semasa dunia yang berlaku.
“Perkara itu secara tak langsung membuatkan saya mengalami masalah anxiety. Perasaan kebimbangan ini mencetuskan perasaan takut pada diri.
“Misalnya mengenai jangkitan, isu naik turun kerjaya yang tak tentu selain risaukan kesihatan ibu.
“Malah mendapat tahu, bukan saya sahaja yang alami masalah sama. Bahkan ada yang lebih teruk dan tujuan saya menulis lagu ini kerana rasanya masih ada di antara kita yang masih tidak faham mengenai gejala anxiety secara menyeluruh,” katanya.
Ryan turut menambah, sebolehnya dia mahu mewakili mereka yang mempunyai masalah ini untuk suarakan luahan menerusi lagu.
“Jadi saya nak mewakili orang orang yang ada masalah ini dengan cara saya menulis lagu ini seterusnya ekspresikan perasaan tersebut di dalam lagu,” katanya optmis.
Ditanya apakah kebimbangan yang dilaluinya sepanjang tempoh berkenaan hingga mendatangkan anxiety, bintang ini mengakui dia mengalami pening berpanjangan beberapa hari sebelum PKP.
“Dua hari sebelum PKP dilaksanakan, saya mengalami pening kepala yang tidak henti. Lalu saya ke klinik. Bagaimanapun, ia berlanjutan sehingga 8 hari.
“Dalam tempoh tersebut, saya ada lakukan pemeriksaan darah dan x-ray. Dari situlah, saya didapati mengalami gejala tersebut.
“Untuk dapatkan info, saya banyak isi masa cari maklumat di internet, selain turut cari kes terawal Covid-19 sehinggalah saya terlalu memikirkan soal tersebut sampai dapat anxiety,” akuinya.
Ryan juga ada memberi pesan kerana individu yang turut berdepan hal sama.
“Anda yang senasib dengan saya, perlu tenangkan diri dan elakkan baca benda-benda yang negatif kerana ia secara langsung boleh mempegaruhi minda dan akal kita.
“Paling penting, panjatkan doa agar semuanya kembali seperti biasa,: akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Banyak Belajar Daripada Jit Tentang…,” – Dedikasi Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah Cerita Sikap Baik Arwah Di Lokasi
Perkhabaran mengenai pemergian pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad,62, ke Rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu nyata meninggalkan kesan buat golongan selebriti tempatan.
Menyifatkan Allahyarham sebagai permata seni yang hebat, Afdlin Shauki misalnya akui banyak kenangan manis yang dirakam bersama ketika dia awal-awal terlibat dalam industri hiburan.
“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Hari ini seorang anak seni yang hebat telah pulang ke Rahmatullah. Sesiapa yang menonton komedi di pentas atau pun di dalam era 90-an ke awal tahun 2000 pasti mengenali nama Jit Murad. Saya banyak belajar daripada Jit tentang komedi dan penceritaan.
“Banyak kerja-kerja awal saya melibatkan Harith Iskandar dan Jit Murad. Semoga roh beliau akan bersama roh roh yang dicintai oleh Allah SWT. Terima kasih Jit Kerana sanggup berkongsi kehebatan anda bersama kami dan mewarnai kehidupan kami.
“Al-fatihah. Minta tolong sedekahkan alfatihah untuk beliau,” tulis Afdlin pada ruangan kapsyen yang turut disambut dengan dedikasi sama daripada rakan artis lain.
Antaranya, pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah yang mendedahkan dia begitu kagumi keperibadian arwah.
“Really adore him… Love him so much sebab kita dulu pelakon extra pun dia lepak sama. Love love love him, al-Fatihah,” tulis Sheira pada ruangan komen.
Selain Shiera, berita mengenai kematian arwah turut dikongsi di media sosial beberapa teman artis lain, antarany Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah,
Susan Lancester, Que Haidar dan ramai lagi.
Jit merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.
Arwah mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987 dan naskhah Spilt Gravy On Rice (1995), The Storyteller (1996) serta Gold Rain and Hailstones (2002) antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintanginya.
Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Sejarah Seni.
Sepanjang karier, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik selain Beliau pernah membintangi filem Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.
Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.
Arwah sebelum ini juga bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amar Baharin Zahir Rasa Syukur, ‘Update’ Keadaan Ayra Aryssa; “Alhamdulillah Adik Semakin Sihat…”
Pelakon Amar Baharin meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Ayra Aryssa kini sudah kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Ia susulan anak perempuannya itu diserang jangkitan virus ‘Kawasaki’, beberapa bulan lalu.
Suami kepada pelakon Amyra Rosli ini berkongsi hal tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah adik semakin sihat Happy Baby Happy Daddy,” tulisnya beserta beberapa lampiran foto terkini anak tersayang.
Terdahulu, Ayra turut mengalami gejala demam panas sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar awal bulan April.
Sekadar informasi, Amar mendirikan rumah tangga bersama Amyra pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI