Korang Je Pandai Jaga, Saya Tak Reti,” – Ini Jawab Sharifah Shahirah Bila Ada Yang Kait Fasal Uban, Suami ‘Tak Makan Tua’

Share

Awal semalam, penyampai radio dan hos, Sharifah Shahirah ada berkongsi foto lamanya bersama suami, pelakon Ijoy menerusi laman Instagram.

Sambil menitipkan kapsyen humor seperti biasa, foto throwback itu nyata menggamit memori apabila keduanya dirakam saat melakukan iklan komersial bagi sebuah jenama minuman.

“Teringat masa buat iklan teh. Masa ni i macam korea…,” tulisnya ringkas.

Lalu, rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap foto lama berkenaan sehinggalah ada satu komen pengguna media sosial yang mahukan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu supaya berhati-hati dek si suami yang dilihat tak tua di makan usia.

“Time ni segak wey, la beruban teruk. Laki hang maintain muda kak, jaga-jaga,” tulis individu berkenaan di ruangan komen.

Lalu, reaksi sedemikian mendapat respon peminat lain. Ada yang berpendapat komen tersebut seperti ‘tak sayang mulut’.

Malah, ia turut mendapat reaksi Shahirah. Katanya, dia tidak kisah dan apa yang baik hanya datang dariNya.

“Hinalah nak kata apa pun, takpe. Jaga sangat pun ada juga perempuan lain. Life is beautiful, beauty is pain.

“Yang tak elok kita, yang indah daripada Allah ye. Korang je pandai jaga, saya tak reti jaga,” balas Shiera.

Terdahulu, Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

Published by
MH