
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam mengawal emosi terutamanya ketika menonton drama terbaru arahannya, Takdir Yang Tertulis.
Jelas Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, dia berasa agak kesal selepas mengetahui ada yang menggelarkan pelakonnya, Datin Elvina Mohamad sebagai pelacur gara-gara watak Ruhils yang dibawakan.
“Guys. Korang pun agak agak la. Ya memang betul apa yg Ruhila buat tu salah. Tu abam setuju. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Korang kena tengok sampai habis okie,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan Budak Ijat menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.
Katanya lagi, drama ini sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dan salah satu daripadanya adalah untuk tidak terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.
“Drama ni abam harap sedikit sebanyak boleh mendidik kita supaya menjadi empati dan jangan bersikap judgemental melulu. Kadang-kadang abam tak faham dengan kita semua ni.
“Bila kena kat orang bukan cepat kita menjatuhkan hukum dan berlumba lumba siapa yg paling hebat dalam mengecam dan melabel seseorang.
“Tapi bila terkena kat batang hidung sendiri komain meratap hiba korang mengharapkan belas kasihan ehsan serta empati masyarakat supaya dikasihani. Wajar ker?,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan padangan yang sama selain turut memuji drama terbaru arahannya itu.
Drama, Takdir Yang Tertulis kini sedang ditayangkan di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda.
Selain Elvina, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong dan banyak lagi.
Sumber: Instagram Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Mengapalah, Saya Lakukan Kajian Sendiri,” – Ning Baizura ‘Study’ Karakter Marina Mahathir Melalui YouTube

“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Handsome Belaka!”, – Ini 7 Artis Lelaki Kita Yang Ada Aset Lesung Pipit, Boleh Buat Ramai Jatuh Hati!

Tidak dinafikan, penampilan seseorang selebriti turut menjadi faktor penting di dalam memastikan survival mereka dalam industri agar kekal relevan.
Begitu juga dengan fizikal hingga ada yang sanggup melakukan rutin senaman demi mendapatkan bentuk badan ideal.
Tetapi bagaimana pula dengan individu yang punyai lesung pipit tiap kali melirik senyuman? Itu pun menarik bukan?
Meski ia sering dikaitkan dengan wanita, namun jangan tak tahu, lelaki pun akan tampak tambah manis kalau punya aset ni tau!
Jadi, jom MH senaraikan selebriti lelaki kita yang memang tambah kacak, manis andai mengukir senyuman di hadapan lensa kerana berlesung pipit!
Syafiq Kyle
Bintang ini memang sinonim sebagai antara bintang lelaki yang cukup segar penampilannya. Malah, pelakon Nur ini sejak dulu lagi memang terkenal dengan senyuman melirik, lesung pipit automatik muncul!
View this post on InstagramPut on some red and smile a little 😊
A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on
Zoey Rahman
Pelakon dan hos ini sejak dulu memang terkenal kerana imej serta wajahnya yang kekal muda remaja sehingga ke hari ini.
View this post on InstagramA post shared by 👾 (@zoeyrahman) on
Hisyam Hamid
Pasti kalian perasan tiap kali bintang asal Singpura ini mengukir senyuman, lesung pipitnya akan jelas kelihatan.
View this post on InstagramA post shared by 👾 (@zoeyrahman) on
Tajul
Wah, bapa kepada seorang cahaya mata ini pun ada lesung pipit okay! Buktinya? Lihat saja foto ini.
Andi Bernadee
Selain karektornya yang gila-gila, senarai lagu-lagu Andi Bernadee cukup diminati ramai. Termasuklah, fizikalnya yang comel. Tak gitu?
Syafiq Farhain
Penyanyi ini juga tidak ketinggalan tersenarai sebagai antara bintang lelaki yang cukup jelas lesung pipitnya. Manis sungguh!
View this post on InstagramA post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on
Meerqeen
Bintang baru ini memang mencuri tumpuan dek fizikal dan kami percaya, sinar kerjayanya dalam dunia seni akan terus mekar selepas ini. All the best!
View this post on InstagramA post shared by 19 BA (@meerqeen) on
So, mana satu yang buat kalian jatuh hati?
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasti Ada Pelangi Selepas Hujan, Tak Perlu ‘Kunci Hati’ Terlalu Lama! Zulin Aziz Kongsi Cara Move-On

Isi Kandungan
TogglePerasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama.
Malah, ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana tidak mampu menerima hakikatnya yang memeritkan.
Sama seperti artis terkenal, Zulin Aziz yang juga pernah mengalami patah hati dalam satu episod cinta yang memeritkan sebelum dipertemukan dengan cinta sejati, Farhan Norzaini.
Menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, Zulin pernah berkongsikan bagaimana cara yang dilakukanya untuk ‘move on’ dan meneruskan kembali kehidupan hingga pandangan berkenaan menjadi inspirasi kepada kaum hawa.
Jangan Biarkan ‘Luka’ Di Hati Tak Di Rawat!
“Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya.
Jangan Tutup Pintu Hati, Yakin Ada Yang Lebih Baik Menanti
“Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga para wanita di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua.
Kini Zulin Aziz telah pun bahagia bersama suami tercinta setelah diijabqabulkan sejak lebih setahun yang lalu pada tanggal 20 Februari 2022 yang lalu. Meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Zulin tetap terihat bahagia disamping suami tercinta!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto kredit: Instagram @zulinaziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI