Pelakon Riena Diana mendedahkan dirinya telah menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara mendukung watak isteri kedua, Farah Mokhtar menerusi drama terbaharu, Wanita Syurga.
Menurut Riena, selain kata-kata kesat, dia juga telah diminta untuk tidak berkawan dengan pelakon utama, Siti Khadijah walaupun di dalam dunia sebenar.
“Korang memang suka maki aku. Saya sekarang tengah membaca komen-komen anda. Itu belum lagi dekat Instagram, X dan Tik Tok.
“Anda memaki Farah Mokhtar berbakul-bakul siap ‘B.A.B.I’ kan saya. Panggil saya ‘betinta tuttt’.
“Siti Khadijah juga dapat DM supaya jangan berkawan dengan saya walaupun dalam kehidupan sebenar,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Riena memerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Bagaimanapun, bekas penyampai radio Hot FM ini akui tidak berasa hati dan memandang perkara tersebut dari sudut positif.
“Tapi tak mengapa. Saya tak ambil hati pun sebab pada saya kerja adalah kerja. Watak adalah watak.
“Pada saya, kalau orang tak kecam, saya lagi takut sebab mungkin watak tersebut tidak dirasai atau tak menjadi,” kongsinya.
Pada masa sama, Riena juga faham rasa geram itu sebenarnya ditujukan buat watak dan bukanlah dirinya.
“Alhamhamdulillah, setakat ini saya dapat maklum balas yang baik. Semua rasa geram dan marah ditujukan kepada Farah. Bukan pada saya. Tahniah kepada semua,” ujarnya lagi.
Terdahulu, selain lakonan mantap yang ditunjukkan oleh pelakon utama Siti Khadijah dan Redza Rosli, watak Riena juga memberikan impak yang besar di dalam drama ini.
Watak Farah Mokhtar memainkan peranan sebagai isteri kedua yang merampas kebahagiaan daripada Adini (Siti Khadijah) dan Amar (Redza Rosli).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI