“Korang Tengok Abang Senyum Sana Ketawa Sini, But Korang Tak Nampak Bila Hati Menangis Kesakitan,” – Aaron Aziz

Share

Aktor popular, Aaron Aziz mendedahkan dia kini telah mendapat nasihat pihak doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia seni dan harus segera menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian lehernya.

Bagaimanapun, Aaron memaklumkan dia terpaksa menunda dahulu prosedur tersebut memandang dia kini mempunyai pelbagai komitmen melibat hal kerja.

“90 minutes dalam benda ni. Doctor said I need surgery and need to be on medical leave for two month.

“Tapi tak boleh sebab banyak on going project sekarang ni. So for now I’m just using the drugs to kill the pain,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia kini harus bergantung dengan ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan.

“Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doc said the tumor is bigger,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Aaron dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Proud of you Datuk. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera pada Datuk. Amin Ya Rabbal Alamin.

“Ya Allah, hilangkanlah kesakitan dan berikan kesembuhan kepada Aaron Aziz.

“Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Allahu, comeback stronger bang. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Aaron mendedahkan dirinya kini sedang mengalami kesakitan di bahagian saraf.

Malah, dia juga terpaksa menggunakan pelindung leher bagi mengurangkan rasa sakit.

Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf