Malam kemuncak Korean Music Awards 2020 (KMA 2020) yang ke-17 dilaporkan telah dibatalkan pihak penganjur gara-gara ancaman wabak Coronavirus yang sedang menjadi kebimbangan ramai kini, termasuk di Korea Selatan.
Kenyataan berkaitan turut dilampirkan menerusi Twitter pada Isnin lalu dan memetik Soompi, pihak penganjur ada mencari alternatif lain untuk tetap meneruskan malam anugerah tersebut, bagaimanapun ancaman virus sudah mencapai status kritikal lalu terpaksa dibatalkan juga.
Pada masa sama, pihak penganjur turut memberikan penjelasan seterusnya mengharapkan agar peminat sedia memahami akan kekangan yang berlaku, termasuk kepentingan dalam menjaga keselamantan serta kesihatan diri.
Bagaimanapun, pihak penganjur tetap mengumumkan senarai para pemenang KMA 2020 secara dalam talian, Khamis ini.
Terdahulu, beberapa persembahan besar di Korea Selatan terpaksa dibatalkan atas sebab sama. Antaranya ialah konsert dan sesi bertemu peminat oleh kumpulan Super Junior, Twice dan ramai lagi.
Sumber: Soompi, kumparan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Paling Kecewa Adalah Ibu Bapa Kerana…,” – Bella Astillah Cerita Situasi Jumpa Shuhada, Turut Sebak
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendoakan yang baik-baik seterusnya berharap agar bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dapat bangkit semula demi anak-anak.
Mengakui sebelum bertemu ada berhubung menerusi media sosial, isteri kepada Aliff Aziz itu juga yakin dengan semangat kuat yang dimiliko ibu kepada sepasang cahaya mata itu.
“Saya kata kepada Shuhada, ‘keep going’. Teruskan melangkah. Apa sahaja keputusan Shuhada, ramai akan berada di belakang Shuhada untuk menyokong.
“Saya harap sangat Shuhada dapat bangkit semula kerana saya tahu orang yang paling kecewa adalah ibu bapa Shuhada kerana melihat anak mereka diperlaku sebegitu.
“Saya titipkan pesanan, jangan putus asa dan rendah diri serta tidak memendam apa yang terbuku di hatinya,” katanya.
Bella pada masa sama bersyukur kerana Shuhada kini optimis memulakan perniagaan mencari rezeki sendiri.
“Saya gembira melihat dirinya yang kini sudah hendak mulakan perniagaan. Kuat demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya usaha yang dia mulakan ini akan menemui hasil terbaik dan semoga Shuhada terus maju jaya.
“Sebelum ini, saya dan Shuhada memang ada berhubung. Dia ada memberitahu masalah yang dihadapi, namun saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Biar saya simpan sendiri sahaja.
“Shuhada ada minta pendapat dan nasihat, tapi saya selalu beritahu Shuhada, apa-apa pun, dia perlu ikut kata hati dan terus cekal kerana saya hanya boleh beri semangat sahaja,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella ditemui di pelancaran koleksi Spring/ Summer 2023 (Panta Rhei) Aigner di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Bella yang ditemani suami, acara itu turut dihadiri barisan selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Ruhainies, Hafreez Adam, Atiq Azman, Bella Dowanna, Izzue Islam, Dini Schatzmann dan ramai lagi.
Model terkenal, Georgia May Jagger menjadi wajah kempen terbaharu ini dan pelanggan boleh mendapatkan koleksi terbaharu mereka di Pavilion KL, Suria KLCC dan Lalaport BBCC KL.
Menerusi koleksi terbaru ini, ‘Panta Rhei’ menjadi inspirasi untuk menggabungkan berbagai ‘dunia’ lama dan baru secara harmoni.
Mirip dengan konsep recycle, koleksi dan gaya ikonik tas Aigner diproduksi bersama sentuhan terkini sekaligus menjadikannya sebagai koleksi yang malar segar dan trendy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Danielle Tunai Umrah, Farid Beri Motivasi; “Suami Lihat Saya Sudah Pergi Mana-Mana, Tapi Masih Belum Ke Tempat Terbaik Di Dunia.”
Pelakon Diana Danielle yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya, aktor Farid Kamil yang turut disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak-anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbaharu Imaginur yang ditayangkan 23 Februari depan, arahan Nik Amir.
“Saya berharap Imaginur berjaya menambat hati penonton, sebab saya tahu ini naskhah yang baik. Saya suka dengan skripnya namun saya tidak boleh nak kongsikan lanjut. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ‘plot-twsitnya’ memang mengujakan.
“Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda yang ‘berputar’ di luar kawalan dan cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.
“Ketika dia cuba mengenal pasti siapa wanita misteri terbabit, jejaka ini mula jatuh cinta dan belajar mengenali dirinya. Kena tonton untuk ketahui apa kesudahannya,” katanya.
Naskhah yang diterbitkan oleh oleh Lumatic Films ini turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat lain antaranya Beto Kusyairy, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Lain Sikit,” – Akikah Anak Puteri Sarah Liyana Hanya Dihadiri Kaum Wanita, Kelibat Syamsul Yusof Juga Tidak Kelihatan!
Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, Sumayyah yang dilahirkan Mac lalu.
Mencecah usia lima bukan kini, permata hati kedua Puteri Sarah sama suami, Syamsul Yusof itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu dengan si ibu sepanjang majlis berlangsung pada Ahad.
View this post on InstagramA post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Bagaimanapun apa yang menariknya menerusi majlis akikah anjuran Puteri Sarah kali ini, ia hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja.
Lari dari kebiasaan, Sarah menerusi kapsyen turut menjelaskan mengenai tindakannya itu.
“Sumayyah’s akikah semalam ❤️ TQ to those yang datang meriahkan ! TQ so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslam organizekan majlis akikah Sumayyah.
“Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja,” tulisnya.
Malah, di bahagian komen pula ada peminat yang bertanya mengenai di manakah kelibat si suami dan ini reaksi yang diberikan Sarah;
View this post on InstagramCakkkkk !!! Sumayyah dah 5 bulan 🌹 Jantung hati mama & ayah. . . 📸 @blackpepperproduction
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji majlis akikah yang dianjurkan dan rata-ratanya juga terpegun dengan kecomelan si kecil.
Sedikit informasi, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof diijabkabulkam pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI