Kesemua 12 peserta program realiti Big Stage musim kelima sudah diperkenalkan dan masing-masing mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama saingan, malam Ahad.

Selain peserta, hos dan juri, turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utamanya iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pasangan pelakon terkenal, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.

Sekaligus, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage 2023.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.

Ads

“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.

“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.

“Kos Yang Dikeluarkan Bukan Kecil,” – Jutaan Ringgit Wawa Zainal & Aeril Zafrel Berhabis Taja Big Stage 2023 “Kos Yang Dikeluarkan Bukan Kecil,” – Jutaan Ringgit Wawa Zainal & Aeril Zafrel Berhabis Taja Big Stage 2023“Kos Yang Dikeluarkan Bukan Kecil,” – Jutaan Ringgit Wawa Zainal & Aeril Zafrel Berhabis Taja Big Stage 2023

Ads

Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.

“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.

“Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya lagi.

Ads

Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad, malam tadi. 

Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI