Personaliti media sosial yang juga merupakan usahawan dan pereka fesyen, Prince Syed Shahid sanggup berhabis hampir RM9,000 demi menyiapkan busana buat dirinya dan isteri ketika menghadiri majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan.
Menurut Shahid, busana rona keemasan yang dilengkapi pelbagai eksesori seperti sayap dan lampu ‘lip-lap’ itu dibuat sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi majlis rakan artis itu.
“Kami memang nak ikut tema bila Che Ta jemput datang ke majlisnya. Temanya pula ‘gold glowing’ dan kami hanya nak memeriahkan suasana,” katanya kepada MH
Katanya lagi, dia mengambil masa selama dua hari untuk menyiapakan dua pasang busana tersebut.
“Seperti sedia maklum, saya akan menjahit sendiri pakaian saya dan isteri untuk apa sahaja jenis majlis.
“Saya menambahbaik baju sebelum ini dengan penambahan perincian dari segi eksesori dan bahagian kepak,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Shahid akui sudah lali dengan kecaman netizen yang sering melabelkan rekaannya sebagai pelik dan agak keterlaluan.
“Boleh dikatakan hari-hari kami menerima komen yang mengatakan baju kami over. Dalam setiap hantaran itu, memang itu sahaja komennya.
“Sebenarnya kami selesa begini. Pada masa sama, saya dan isteri masih mengikut kesesuaian tempat dan majlis yang kami hadiri.
“Takkanlah nak pergi pasar borong pun pakai macam ni. Cuma ekpektasi orang sahaja yang ingat kami berpakaian sebegini seharian.
“Kami hanya akan melaram bila menghadiri majlis sahaja. Itu sahaja waktu yang ada pun,” kongsnya lagi.
Pada masa sama, Shahid yang memiliki jumlah pengikut lebih 500,000 di aplikasi Tik Tok turut mendedahkan dirinya sudah pun menyiapkan busana untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan.
“Ada 30 pasang dan tidak berulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada kami setiap tahun.
“Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari saya ini. Kita sambut raya pun sebulan sahaja setahun.
“Itulah antara hari-hari yang kami boleh melaram. Nantikanlah baju kami pada hari raya pertama nanti. Memamg lain macam sikit,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.