Kourtney Kardashian akhirnya bersuara selepas tersebarrnya khabar angin liar yang mendakwa anak sulungnya, Mason Disick, 15, telah bergelar seorang bapa.

Tidak mahu membiarkan spekulasi terus berleluasa, bintang The Kardashians itu tampil memberikan kenyataan tegas di Instagram.

Dalam hantaran di Instagram Story itu Kourtney menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut sambil menyatakan rasa kecewanya terhadap dakwaan tidak berasas itu.

“Saya jarang memberi respon terhadap khabar angin atau teori konspirasi mengenai diri saya atau keluarga, tetapi ini membabitkan anak saya dan saya rasa ia tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak mahu sesiapa pun percaya walau sesaat bahawa pembohongan ini benar,” tulisnya.

Kourtney Kardashian Berang, Nafi Anak Sulung Berusia 15 Tahun Sudah Jadi Bapa

Ads

Selain itu Kourtney turut menegaskan bahawa Mason tidak mempunyai anak seperti yang didakwa dan akaun-akaun media sosial yang berpura-pura menjadi anak sulungnya itu adalah palsu.

“Mason tidak mempunyai anak. Akaun-akaun yang berpura-pura menjadi dirinya itu jelas bukan dia. Itu semua adalah palsu.Anak saya sangat menghargai privasinya, dan saya meminta semua pihak, terutama media, agar menghormatinya.

“Dia masih kanak-kanak yang mempunyai perasaan dan masa depan yang cerah,” tambahnya lagi.

Ads

Bukan itu sahaja, Kourtney turut menyeru netizen agar menghentikan penyebaran khabar angin palsu serta tidak lagi menjadikan anak-anaknya sebagai bahan perbincangan dalam dunia media sosial.

Kourtney Kardashian Berang, Nafi Anak Sulung Berusia 15 Tahun Sudah Jadi Bapa

“Tolong hentikan naratif palsu dan penyebaran pembohongan. Kepada semua individu yang membuat video tentang anak-anak saya (yang, perlu diingat, masih di bawah umur), tolong berhenti dan biarkan mereka hidup dengan aman,” luahnya penuh kesal.

Ads

Imbas kembali, bintang realiti berusia 45 tahun itu pernah berkongsi hidup dengan Scott Disick dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Mason, 15, Penelope, 12, dan Reign, 10.

Walau pun memiliki tiga cahaya mata bersama, mereka tidak pernah berkahwin dan berpisah pada 2015.

Kini , Kourtney bahagia melayari perkahwinan bersama bintang Blink-182 Travis Barker dan mereka memiliki cahaya mata berusia 15 bulan yang dikenali sebagai Rocky Barker.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI