Berhubung dakwaan kononnya wujud krisis yang berlaku di antara dirinya dan penerbit, Sheila Rusly, Janna Nick mengakui pernah menyatakan permohonan maaf secara peribadi kepada bintang senior itu.
Bagaimanapun, jika permohonan maaf yang dihulurkan tidak mencukupi, penyanyi lagu Akan Bercinta itu menyatakan rasa maaf secara terbuka pula.
“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam. Saya pernah minta maaf secara peribadi dengan pihak berkenaan sebelum ini tetapi andai itu tidak mencukupi, sekarang saya mohon maaf secara terbuka pula,” katanya.
Janna seperti yang dipetik Harian Metro juga berkata, sekiranya tuntutan maaf secara terbuka itu masih tidak mencukupi, jalan terakhir baginya adalah memohon keampunan daripadaNya atas segala yang berlaku.
“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam.
“Saya seboleh mungkin enggan membuka mulut atau bercakap buruk di depan atau belakang dia (Sheila) yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior dalam industri.
“Saya tidak mahu memberi komen mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara kami. Sebagai anak didiknya, saya sedar banyak terhutang budi dan tak layak buka mulut,” jelas bintang berusia 24 tahun ini.
Ads
Terdahulu, Janna hadir ke majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid.
“Sedih juga bila isu ini terjadi dan saya rasa tak sesuai dikongsi dengan orang ramai sebab kami terlalu rapat. Saya rasa orang pun tahu kami rapat macam sebuah keluarga,” katanya.
Ditanya tidakkah dia pernah cuba bersemuka dengan Sheila, Janna menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ads
“Yelah, kita datang tak diundang, ibaratnya letak kaki kanan salah, letak kaki kiri pun salah,” katanya.
Sementara itu, Janna turut memaklumkan kemelut yang timbul di antara keduanya itu bermula ketika penggambaran drama rantaian, Leftenan Zana.
Ads
“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.
“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.
“Bila selesai penggambaran, apa saja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama ini,” akuinya yang turut berharap agar Sheila terbuka hati untuk memaafkannya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.
Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.
“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.
“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.
Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon memey Suhaiza ada memuat naik video di Instagramnya baru-baru ini.
Video tersebut dirakam Memey secara diam-diam tanpa pengatahuan suami, Norman Hakim apabila dia sedang membuat ‘spot-cek’ sekiranya berlaku calar-calar pada kereta Memey.
“Paham tak perasaan tu Dalam seminggu 2,3 kali dia akan check kete sy.. Haha…
“Cuba mencari tanda2 baru pd kereta agaknya? Sbb dia tau isterinya terror sgt bawa kete? Ada masa lepas piawaian.. Ada masa tak? Tapi byk kali tak? Sbb calar2 yg kita pun tak pasti bila dapat?? Haha ampun suami ku cayang??? Kita kumpul byk 2… kalau betul2 sakit mata nnt kita cat k,” tulis Memey.
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin ada berkongsi kisah mengenai keistimewaan yang dimiliki bapanya di laman Instagram.
Menurut PU Amin, ayahnya merupakan seorang yang kurang upaya dari segi penglihatan tetapi mempunyai keupayaan untuk mengajar golongan buta mengaji Al-Quran.
“Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel pergi ke seluruh Malaysia ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tapi boleh menghafal Al-Quran. Banyak buku barile dia buat untuk orang-orang buta.
“Kini, walau diri kian dimamah usia, masih tak letih ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatah lagi kalau ada jenis yang menganjing OKU. Jadi saya cepat tersentuh,” tulisnya.
Tambah PU Amin lagi, ayahnya sering menjadi sumber kekuatan untuknya terus melakukan kerja-kerja dakwah.
“Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komputer, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tidak dapat melihat itu, menitiskan air mata. Pesannya “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit.
“Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian PU Amin tersebut.
Allahu, hebat sungguh keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah untuk bapa PU Amin ini! Semoga perjalanan hidupnya sentiasa diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas produk kopi tanpa bancuh Liquffe, Fadzil Ismail, meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa artis dan pempengaruh.
Ini kerana, Fadzil mendakwa ada di antara mereka yang...