Uncategorized

Kritikal Sejak Dua Hari Lalu, Adik Bongsu Aleza Shadan Meninggal Dunia Malam Tadi

Share

Pelakon Aleza Shadan menerusi Instagram awal malam tadi memaklumkan perkhabaran sedih apabila adiknya telah pun pulang ke rahmatullah. Terdahulu, Aleza sinonim menerusi beberapa drama rantaian popular seperti Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr. Pilot.

Aleza berkongsi berita sedih itu kepada para pengikutnya dan berdoa semoga roh arwah adiknya bongsunya, Muhammad Zaidi dicucuri rahmat.

“Adik bongsu saya, Muhammad Zaidi B Shadan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.. moga Allah mencucuri roh beliau disana.. Aamiinn,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allyahyarham menghembuskan nafaz terakhir pada pukul 10.30 malam tadi setelah bertarung dengan kanser usus.

Dua hari lalu, Aleza turut memohon peminat supaya mendoakan adiknya yang ketika itu sedang berada dalam keadaan kritikal.

“Selamat hari raya aidiladha.. Mohon kepada semua mendoakan adik saya yang kini berada dalam keadaan kritikal..semoga dipermudahkan segala2nya Aamiin,” maklum Aleza. 

Foto: Instagram Aleza Shadan

Published by
MH