Penyanyi Siti Sarah menyifatkan kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan buat diri seterusnya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik.
Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, pelantun lagu Manis ini cuba menggunakan perkara terbabit sebagai pembakar semangat bergelar anak seni.
“Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.
“Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri,” kata Sarah.
Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.
“Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.
“Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shasha Abedul Dedah Pernah Alami Depresi & Gangguan Mental, Sampai Terpaksa Jumpa Terapi & Ambil Ubat
Pelakon, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah berhadapan dengan masalah depresi dan tekanan perasaan yang agak teruk sejak beberapa tahun yang lalu.
Lantaran itu, ketika diberikan tawaran untuk membawakan watak remaja yang mempunyai masalah tekanan mental dan emosi di dalam drama Projek; Exit, Shasha merasakan dirinya tidak seperti sedang berlakon.
Katanya, watak tersebut sememangnya menggambarkan situasi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Saya belum sampai ke tahap mencederakan diri sendiri. Ia lebih kepada ganguan mental, depresi, keresahan dan serangan panik.
“Ketika tahun pertama tubuh badan saya diperkenalkan dengan perasaan tersebut, saya sendiri tak tahu apa yang sedang saya lalui.
“Saya kena belajar sendiri sampailah saya tahu bahawa diri ini sedang sakit. Bila saya dapat naskhah ini, saya merasakan Allah seperti sudah mempersiapkan diri saya lebih awal untuk lebih memahami watak ini,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shasha turut mendedah dirinya telah pun mendapatkan rawatan daripada pakar terapi dan psikiatri untuk mengatasi masalahnya itu.
“Saya memang ada jumpa dengan pakar terapi dan psikiatri hanya untuk menstabilkan emosi saya dan belajar lagi mengenai apa yang sedang saya rasakan ketika itu.
“Saya juga belajar cara-cara untuk mengatasi perasaan itu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga telah diberikan perskripsi daripada pihak doktor untuk mendapatkan ubat-ubatan tentang penyankitnya itu.
“Selepas tahun ketiga, doktor ada memberikan saya perskripsi untuk ubat-ubatan tapi saya tidak ambil sepenuhnya. Saya tak nak.
“Pada masa masa, saya juga disiplin untuk berjumpa dengan pakar terapi. Jadi, ia seimbang untuk saya.
“Kita kena faham, psikiatri adalah doktor yang akan memberikan ubat. Manakala, pakar terapi pula akan duduk bersama dan bercakap tentang apa yang sedang kita rasakan. Ia dua perkara berbeza,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shasha turut menyeru kepada semua pihak yang melalui masalah sama sepertinya untuk berjumpa dengan pihak pakar untuk mendapatkan bantuan.
“Bila sampai ke tahap ini, segalanya bergantung kepada kehendak individu itu sendiri. Pada saya, setiap masalah, ada jalan penyelesaian.
“Saya percaya, bila kita berjumpa dengan orang yang lebih faham mengenai masalah yang kita lalui terutamanya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, itu adalah cara terbaik untuk kita sembuh,” akhirinya.
Terdahulu, Projek; Exit merupakan sebuah lagi drama terbitan Astro Originals di bawah francais ‘Projek Universe’.
Selain Shasha, drama yang mengangkat isu kesihatan mental ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Nabila Huda, Naim Daniel dan ramai lagi.
Bahagian pertama siri ‘Project; Exit’ yang merangkumi episod satu hingga empat akan mula bersiaran pada 1 November ini secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Manakala bahagian yang merangkumi episod lima dan enam akan bersiaran pada 15 November di platform yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Seorang Wanita Bertahan Selama 11 tahun…,” – Avaa Vanja Berkongsi Cerita Rumah Tangganya, Akui Perceraian Tak Mudah
Pelakon Avaa Vanja tidak menafikan perceraian menjadi jalan terbaik buat dirinya meski mendedahkan proses yang perlu dilalui adalah bukan satu hal yang mudah.
Menurut Avaa atau nama sebenarnya, Avaa Vanja Mohamad Ramli, situasi menjadi lebih sukar di dalam perkahwinan apabila tiadanya persefahaman dengan pasangan.
“Bagi saya soal perceraian bukanlah satu proses yang mudah. Terutamanya bila kita (suami isteri) tiada persefahaman. Jadi sebab itulah kita perlu bawanya ke tengah. Akan tetapi saya percaya ada yang boleh sediakan peguam sementara sebelah pihak lagi tidak berkemampuan.
“Malah saya sendiri pernah berjumpa dengan mereka yang alami situasi sama, dia tak ada duit untuk sediakan peguam. Akan tetapi sekiranya kita melihat kepada bukti-bukti yang ada, ia kukuh dan mungkin akan menyebelahinya. Disebabkan tiada peguam, dia pula yang teranaiya.
“Untuk kes saya, saya bersyukur kerana kita tahu mengenai hukum hakam Islam. Bagi pihak saya, tidak mengapa memandangkan kita tiada persefahaman lagi biarlah mahkamah yang menentukan. Kita ada undang-undang dalam Islam. Yang penting bagi pihak saya adalah akidah,” katanya.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini ditemui media pada sidang media pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di KL Jazz & Arts Centre (KLJAC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Avaa lagi, dia kini memilih untuk menjalani kehidupan sendiri bersama anaknya selepas kira-kira 11 tahun melayari bahtera perhawinan bersama bekas suami, Aamil Sulaiman.
“Ia bermula sejak kes polis yang sudah sedia maklum. Jadi saya ambil keputusanlah. Tidak sihat untuk anak membesar dengan perhubungan seperti ini. Untuk dia (anak) melihat benda-benda yang tidak bagus, membuat saya untuk ‘stand up’. Sebab kita pun bukannya muda lagi.
“Meski saya tidak bertudung tapi masih ingat pada Allah SWT. Itu yang menguatkan diri seterusnya mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Sebab cerai ni bukannya senang,” katanya lagi.
“Boleh dikatakan, pada lima tahun perkahwinan ia agak sukar. Kita jumpa (kenal) pun awal dan kemudiannya berkahwin. Dia pula kena sambung pengajian ke luar negara lebih kurang tiga tahun. Saya sendiri, hamil pun sendiri.
“Ketika usia anak kira-kira dua tahun setengah, baru dia di tanah air. Jadi bila tinggal serumah tu… alamak, ia dua budaya yang berbeza. Saya ni jenis yang fleksibel, ikut rentak. Cuma lama kelamaan itu, tahap kesabaran itu agak lama.
“Untuk seorang wanita bertahan selama 11 tahun (usia perkahwinan)…tahap kesabaran itu sangat sabar. Kita ‘meletup’ dan saya bulatkan hati untuk buat keputusan,” katanya yang turut menasihatkan wanita untuk pendapat dan bantuan sekiranya mengalami masalah di dalam perkahwinan.
Terdahulu, Avaa yang menfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember tahun lalu dan akhirnya bercerai talak satu dengan Aamil yang juga seorang pemuzik.
Ketika itu, Avaa diberikan hak penjagaan sementara buat satu-satunya cahaya mata tunggal mereka, Merlissa, 10.
Pada Oktober tahun lalu, Avaa juga ada membuat laporan polis mendakwa dirinya dan anak berdepan penderaan domestik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca
Sekulasi melibatkan pelakon, Intan Najuwa yang kini dikatakan tidak lagi berkongsi foto bekas tunangnya yang juga merupakan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli di media sosial menjadi perhatian kebelakangan ini.
Seakan memberi respon mengenai khabar angin tersebut, Intan dalam status di Insta Story memaklumkan mereka sebenarnya sudah lama membuat haluan masing-masing.
Dalam pada itu, timbul pula cerita lain yang mendakwa aktor, Zul Ariffin sebagai orang ketiga.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Zul mendedahkan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sehinggalah pihak media yang bertanyakan kepadanya.
Lantaran itu, Zul tanpa berselindung menafikan mengenai dakwaan tersebut selain turut menganggap banyak lagi perkara lain yang harus dia fokuskan ketika ini.
“Saya pun baru tahu bila anda (wartawan) semua bagi tahu saya. Saya pun tak tahu menahu pasal ni. Takda maknanya saya nak jadi punca.
“Bukannya saya tiada kerja lain nak buat. Ada banyak lagi kerja yang nak kena saya uruskan.
“Nak kata saya punca saya pun tak tahu apa-apa. Saya rasa isu yang lepas pun fasal drama. Kemudian, ada pula cerita-cerita lain.
“Saya pun takda baca details pasal hal ni. Nak kata sah putus atau apapun saya tak tahu.
“Kalau orang dah cakap macam tu, saya boleh buat apa. Saya pun takda kena mengena,” katanya kepada MH.
Zul ditemui media pada tayangan perdana filem Penunggang Agama yang berlangsung di E-Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.
Ditanya mengenai perasaannya apabila sering kali dikaitkan dengan isu sebegini, Zul memberitahu, dia sebenarnya sudah lali untuk berdepan dengan situasi seperti ini kerana menyifatkan ini bukan kali yang pertama.
“Saya ni selalu dikaitkan dengan macam-macam. Semua hal diorang kait pasal saya.
“Sebenarnya tak kesah pun. Saya rasa ini pun bukan kali pertama orang bercakap pasal saya mengenai perkara-perkara sedemikian.
“Tiada hal bagi saya. Suka hati merekalah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Penunggang Agama merupakan sebuah filem seram thriller arahan, Syafiq Yusof yang mengetengahkan mengenai isu individu-individu yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk memanipulasi orang lain.
Selain Zul, filem ini turut dibintangi pelakon lain antaranya, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Datuk Jalaludin Hassan, Salina Saibi dan ramai lagi.
Filem Penunggang Agama boleh ditonton di pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First, bermula 25 Mac ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI