Pengarah terkenal Dr. Ahmad Idham tidak menyangka kritikan-kritikan sosial yang dipaparkannya di dalam filem terbaru, Saka Perawan bersesuaian dengan beberapa situasi yang sedang berlaku di negara ketika ini.
Menurut Ahmad Idham, kritikan-kritikan tersebut hanyalah sebagai pengajaran dan bukan untuk ditujukan kepada mana-mana pihak.
“Saya mengarahkan filem ini sekitar bulan November tahun lalu. Ketika itu, saya tidak merancang segala skrip dan dialog di dalam filem ini akan kena dengan situasi semasa.
“Sebagai pembikin filem, perkara yang paling dirisaukan sama ada filem tersebut masih relevan ketika penggambaran sehinggalah hari tayangan.
“Durasi untuk menyiapkan sesebuah filem menjangkau berbulan atau bertahun. Namun, nampaknya rezeki menyebelahi kami.
“Banyak yang berlaku dalam filem ini sedang terjadi ketika ini. Saya sudah jumpa formula yang tepat,” katanya kepada MH.
Ahmad Idham berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Saka Perawan, baru-baru ini.
Ads
Ditanya sama ada dirinya sudah bersedia dengan sebarang tindakkan sekiranya karyanya itu ada menyinggung mana-mana pihak, ini respon Ahmad Idham;
“Saya sudah biasa berdepan dengan kritikan. Nama naik ke SPRM pun sudah selalu. Jadi, tiada masalah.
“Pada saya, tiada isu yang perlu dibangkitkan pun kerana saya bikin karya yang benar.
Ads
“Ketika ini, penonton suka perkara yang dekat dengan mereka. Kebanyakkan filem yang meletup saat ini kerana ia dekat dan nyata.
“Kita tak boleh lagi buat filem yang berpura-pura. Masyarakat kita sekarang sudah berfikiran terbuka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan misinya untuk membikin naskah ini adalah untuk memberikan peluang buat pelakon-pelakon lagenda kembali beraksi di layar perak.
Ads
“Kalau kita tidak menyedia platform kepada pelakon-pelakon lagenda kita berkarya, ke mana mereka akan pergi nanti? Sedangkan bakat mereka mahal.
“Saya dapat idea untuk memanggil mereka bila lihat mereka aktif di Tik Tok. Ibu Fauziah Nawi pula aktif di Facebook.
“Bila melihat komen-komen netizen di platform mereka, saya jadi tersentuh bila mereka menitipkan ucapan terima kasih kepada para pelakon senior kerana telah menghiburkan mereka sejak kecil.
“Mereka membesar dengan hiburan daripada pelakon lagenda ini. Jadi, kalau tiada platform, bagaimana mereka nak kekal relavan. Jadi, saya nak menyumbang semula kepada mereka,” akhirinya.
Terdahulu, Saka Perawan merupakan sebuah filem bergenre seram komedi yang dibintangi barisan pelakon seperti Azlee, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nellisa Nizam dan Datuk Eizlan Yusof.
Filem terbitan Grand Brilliance itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sekeping foto isteri, Ardell Aryana yang sedang mendapatkan rawatan di hospital, Nadzmi Adhwa menitipkan kata-kata semangat di Insta Story.
Pelakom berkenaan mendoakan agar suri hatinya terus kuat dan bersemangat.
Jelasnya, walau apa berlaku, dia akan tetap berada di sisi. Walau bagaimanapun tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung sakit yang dialami Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah itu.
“You are the strongest person I know. Always gonna be here with you sayang,” tulisnya di Insta Story.
Manakala Ardell di laman Instagram miliknya memohon dipinjamkan kata-kata positif dan semangat.
“Assalamualaikum jom share sama-sama.
“Fikiran Manusia , Dia menghancurkan masa kini sambil mengkhawatirkan masa depan . Tetapi menagis di masa depan dengan mengingat masa lalunya.
“Your value doesn’t depend on your looks, your social status or your past. It depends on how the Almighty sees you. Those with the worst past have shown it’s possible to create the best future. So don’t label people.
“Give everyone a chance, give them the benefit of the doubt. -Mufti Ismail Menk -,”kongsinya.
Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafriel dan Wawa Zainal mengakui mereka saling menyokong di antara satu sama lain bukan sahaja dalam soal kerjaya, tetapi juga saat menantikan kehadiran ahli keluarga baru.
Malah Aeril turut akui setia menemani isteri setiap kali menyambut cahaya mata.
“Saya memang akan berada di bilik pembedahan temani isteri saat bersalin,” jelas Aeril.
“Sebab itu saya tak bagi dia shooting. Saya cakap dengan dia, saya tak kan beranak kalau dia tak ada di sisi. Mestilah nak dia teman,” seloroh Wawa pula.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaannya saat mengandungkan anak ketiga yang sudah pun dilahirkan pada 1 Disember lalu, Wawa menjelaskan dia bersyukur kerana diberikan kekuatan sepanjang kehamilan.
“Kandungan anak ketiga ni alhamdulillah. Saya dikuniakan kudrat yang kuat. Meski saya sudah sarat sebelum ini, akan tetapi saya masih mampu untuk bekerja, boleh ke sana ke sini.
“Malah saya pun terkejut dengan kekuatan yang ada. Mungkin disebabkan oleh semangat yang diberikan orang sekeliling membuatkan semunya berjalan dengan baik,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Wawa Zainal telah pun selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.
Anak ketiga pasangan itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...