Kehadirannya umpama embun pagi, hanya singgah sebentar menyinari dunia sebelum pergi buat selama-lamanya.

Kisah adik Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham atau lebih mesra di sapa Baby Nishka cukup dekat di hati.

Si comel ini disahkan mengidap kanser otak (Medullablastoma) tahap 4 dan ketumbuhan di buah pinggang seawal usia 21 hari.

Lebih memilukan, baby Nishka juga turut mempunyai masalah penglihatan dan terpaksa meminum susu melalui tiub.

Kisahnya mula tular selepas beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawar Karim berkongsi penderitaan yang ditanggung di laman sosial dan memohon agar rakyat Malaysia sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.

Baby Nishka merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Ibunya, Khairiah Kamarudin atau Kheriy merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Pulai Chondong, Machang.

Menurut Kheriy, dia tidak menyangka anak bongsunya mengidap penyakit kronik memandangkan dia tidak mempunyai sebarang masalah ketika mengandung sehingga proses melahirkan anak secara normal di HUSM.

Ads

Proses pembesaran yang tidak normal disedari sewaktu jururawat datang ke rumah untuk sesi lawatan selepas bersalin. Ukuran kepala sewaktu lahir 34 sentimeter menjadi 38 sentimeter hanya dalam masa 20 hari. Baby Nishka dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainah (HRPZ) Kota Bahru dan kemudian ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk ujian MRI.

Telah menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan membuang tumor di kepala. Walau bagaimanapun, hanya 30 peratus tumor berjaya dikeluarkan. Baby Nishka kritikal selepas pembedahan akibat pendarahan dan terpaksa menggunakan oksigen selama sebulan.

View this post on Instagram

POHON DOA UNTUK NISHKA Ini Kyfa Nishka Al Kautsar. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar. Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu. Dan ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, Nishka bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi. Dia sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan. Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan. Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi. Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini. Mohon sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya. Aamiin… Yarabbal Alamin. #bbyNishka #braintumorstage4

A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on

Baby Nishka tidak boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan.

Ads

Walaupun telah melakukan dua kitaran kemoterapi, namun menurut ibunya, saiz tumor terus membesar.

Pada 11 September, Baby Nishka diintubated apabila mengalami (APNOEA) atau berhenti bernafas sewaktu tidur, lapan kali dalam tempoh satu jam.

Enam hari sebelum meninggal, Baby Nishka diletakkan dalam Zon Paliatif yang bermaksud tiada rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan. Rawatan kemoterapi yang diberikan tidak memberi sebarang reaksi ke atas kanser dan ia semakin berkembang. Baby Nishka juga tidak dapat bernafas sendiri dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan mesin ventilator.

Ads

View this post on Instagram

Sekadar gmbr throwback .. Agak lama, kami amik masa utk memberitahu semua keadaan bby Nishka yg sebenar.. 😢.. org kata setiap tutur yg kuar dr mulut ibu dan ayah adalah doa..so sedaya upaya kami cuba utk tidak berkata dan mengucapkan benda yg buruk dan negatif ttng keadaan bby Nishka.. seperti semua sedia maklum..baby Nishka sudah 4bln menjalani rawatan di Husm..sudah 4kali tubuh kecil ini berjuang d katil pembedahan…di cucuk..dibedah sana sini utk tujuan dan niat berubat..nk adik sihat…rawatan kimo pun dh adik lalui utk lawan kanser jahat dlm kepala adik… Benar..kita hanya merancang..Doktor hanya perantaraan..doktor dh cuba sedaya upaya..Tp Allah lebih tahu…Allah segalanya.. 😭.. Baby Nishka kini sudah memasuki zone paliatif care… bermaksud tiada yg rawatan atau ubat utk tujuan penyembuhan dlm kata mudah (angkat bendera putih) utk kes bby Nishka.😭😭 Rawatan kimo yg diberikan tidak respond ke atas kanser baby nishka.. kanser dlm kepala bby Nishka semakin berkembang dan membesar sehingga kini bby Nishka xdpt bernafas sendiri dan bergantung dgn bantuan mesin ventilator. Doktor sudah nk menghentikan merawat.. Allahu 😭… tp mummy daddy merayu mtk teruskan rawatan..Doktor bg 2kali kimo lg utk adik( last)… mmy daddy harap adik kuat dan kanser jahat tu boleh mengecut dan xtekan saraf pernafasan adik… Sedih,pilu bila tengok keadaan baby Nishka yg kuat bertarung nyawa, kadang2 kita manusia biasa belum tentu sekuat baby nishka… Doakan bby Nishka ya sempena mlm jumaat ni..agar Allah bantu kami,agar Allah buka jln, agar Allah hantar seseorg utk bantu kami menyelamatkan Nishka… kami berharap , ada doktor, ada seseorg atau badan NGO yg boleh tlg kami utk dapatkan second opinion atau jln utk teruskan rawatan..Selagi terdaya kami nk usaha utk selamatkan anak kami 😭😭Terima kasih atas segala bantuan..doa anda semua kepada bby Nishka..Budi baik anda hanya Allah shj yg mampu bls… ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin ) – (#pleaseshareforbabynishka #prayforbabynishka #braintumorstage4 #doautkNishka @ctdk @neelofa @mawar_karim @hmetromy @sinarharian @mstaronlineofficial @_official_thrgegar_

A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on

Keadaan Nishka semakin tenat pada 1 Oktober 2019 apabila ketumbuhan di kepalanya membesar daripada 41 sentimeter kepada 44 sentimeter.

View this post on Instagram

Ya Allah…sesungguhnya berat utk kami menelan semua ni tp mummy daddy tahu adik dh berjuang sedaya upaya adik..sehabis baik.. utk pengetahuan semua..keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat..😭..kanser di kepala adik semakin membesar..saiz kepala juga membesar dr 41 ke 44cm.. Pergerakkan bby Nishka juga sangat minimum..sejuk je badan adik 😭…mmy daddy xsanggup nk tgk adik mcmni.. Semua dtg tgk adik..semua syg adik..😭😭Semoga Allah mempermudahkan urusan adik..mummy daddy sayang adik sampai bila2 syg..#pray4babynishka #braintumorstage4 #doautknishka Ya Allah…sesungguhnya berat utk kami menelan semua ni tp mummy daddy tahu adik dh berjuang sedaya upaya adik..sehabis baik.. utk pengetahuan semua..keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat..😭..kanser di kepala adik semakin membesar..saiz kepala juga membesar dr 41 ke 44cm.. Pergerakkan bby Nishka juga sangat minimum..sejuk je badan adik 😭…mmy daddy xsanggup nk tgk adik mcmni.. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik..mummy daddy sayang adik sampai bila2 syg..#pray4babynishka #braintumorstage4 #doautknishka

A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on

Menerusi Instagram usahwan Mawar Karim, anak syurga ini dikhabarkan telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2019. Nishka menghembuskan nafas terakhir 4.30 petang di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, Bachok.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI