Pelakon, Fasha Sandha akhirnya telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Aidil Aziz pada Ahad.

Memetik laporan Astro Awani, majlis pertunangan tersebut telah berlansung secara sederhana dan tertutup di 9 Kedondong, Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Sebagai tanda pertunangan, Fasha telah disarungkan sebentuk cincin oleh ibu Aidil iaitu Rokiah Md Noor sambil disaksikan rombongan keluarga yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.

“Kualiti Yang Ada Padanya Itu Yang Saya Lihat,”- Fasha Sandha Selamat Bertunang Dengan Aidil Aziz Hari Ini

Ads

Menurut Fasha, majlis ini sangat istimewa baginya kerana sebelum ini dia belum pernah melalui fasa pertunangan.

“Saya berharap saya dapat lebih mengenali Aidil selepas pertunangan ini. Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

“Kualiti Yang Ada Padanya Itu Yang Saya Lihat,”- Fasha Sandha Selamat Bertunang Dengan Aidil Aziz Hari Ini

Ads

Tambah Fasha, Aidil telah melamarnya pada 21 Jun lalu dan dia akui harus mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan tentang perkara tersebut.

“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini. Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil.

Ads

“Dia juga cukup akrab dengan kedua anak saya dari sejak awal saya perkenalkan kepada mereka lagi. Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati kedua ibu bapa dan keluarga saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada tanggal 27 April 2014 sebelum bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Sumber/Foto: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI