Program hiburan realiti nyanyian terbaru, Suara Viral bakal menemui penonton. Istimewanya, 10 barisan peserta terpilih mempunyai kerjaya tersendiri, namun, bakat suara yang dimiliki bukan biasa-biasa lagu pernah mencetuskan sensasi di dunia maya.
Bakal bersiana menerusi Astro Prima, ia bakal menyaksikan mereka saling bersaing menerusi pentas yang lebih besar.
Kesemua mereka terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita yang akan berentap mendapatkan gelaran juara menerusi persembahan mereka selama lapan minggu bermula esok.
10 peserta terlibat termasuk Bobby (Rider), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Boy (Krew Studio), Jerry (Setiausaha), Soffwany (Polis) dan Azrul (Pegawai Lalu Lintas).
Sementara empat lagi peserta ialah Farid (Jurutera Mekanikal), Sulastrie (Polis), Ameem (Eksekutif) dan Farah (Tentera).
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, kesemua mereka berjaya melayakkan diri selepas menjalani sesi ujibakat yang diadakan Februari lalu.
“Kami ingin mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di media sosial dan bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula.
“Lebih kurang 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat. Mereka yang hadir mempunyai profesion tersendiri antaranya guru, tentera dan polis,” katanya pada sidang media Suara Viral secara virtual.
Ads
Menampilkan Datuk AC Mizal selaku hos, Suara Viral turut menampilkan penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Datuk AC menyifatkan konsep yang diketengahkan ini berbeza daripada rancangan hiburan seumpamanya.
“Menerusi nyayian awal ketika sidang media, saya dapat lihat ada kelainan daripada segi konsepnya. Ada yang pernah belajar dan sebaliknya.
“Akan tetapi andai mereka ambil apa yang dipelajari sepanjang program Suara Viral sepanjang lapan minggu bersiaran dan andai kata menjadi juara ia suatu yang baik sebab memang banyak beza di antara nyanyian yang viral menerusi video dan menyanyi di atas pentas.
“Tekanan yang dirasakan memang lain dari lain termasuk dari segi komen netizen dari minggu ke minggu. Nasihat saya adalah jadi profesional sebab kita tidak memaksa peserta untuk menyanyi. Mereka sendiri yang hadir.
Ads
“Menyanyi di atas pentas itu memang sukar dan banyak perkara yang kalian perlu belajar. Bukan saja dari segi nyanyian, tetapi juga dalam sisi teknikal, imej dan sebagainya. Anda sendiri yang nak menyanyi dan pastikan cari ilmu seterusnya buat yang terbaik,” katanya.
Misha Omar pula akui kuasa viral yang wujud boleh memberi impak yang baik dan sebaliknya.
“Kuasa viral ni boleh bawa kita ke arah positif dan negatif. Oleh kerana netizen boleh berikan respon secara langsung, ia buatkan kita yang bertanding berada di dalam tekanan.
“Apa pun, viral ke tidak ke, kita ingin jadi penyanyi yang baik itu yang paling penting. Kena tetapkan dalam hati apa yang kalian mahukan,” jelasnya.
Selain itu, seramai lapan orang Juri Duduk Rumah juga akan mengadili persembahan mereka yang terdiri daripada penyanyi Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Ngektsai (influencer), serta pengamal media, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.
Ads
Format penjurian 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus lagi juri di rumah.
Malah, setiap minggu juga akan ada penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun lalu.
Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Ikuti sidang media virtual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Ramona Zamzam ada memberi ruang buat para pengikutnya di Instgaram untuk bertanya apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question di Insta Stories.
Lalu, pelbagai soalan telah dipilih Ramona dan dijawab ibu kepada seorang cahaya itu.
Antara yang menarik perhatian ialah apabila dia ditanya sama ada mahu atau tidak untuk melakukan cabaran ‘Wipe It Down Challenge’ sebagaimanay ang dilakukan wargamaya, termasuk selebriti.
“Akak Ramona tak nak buat wipe it down challenge ke?,” tanya salah seorang peminat.
Lalu, pemilik nama lengkap Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam itu memberikan reaksi.
“Tak nak. Kenapa korang suka tanya artis untuk buat benda yang sama macam artis lain buat? I tak nak buat Lathi Challenge, i tak nak buat Wipe It Challenge. I dont even have TikTok on my phone.
“And i also tak nak buat IG for Ivanna. I dont wanna be that celebrity yang sorang buat, semua ikut. Im happy to do my things my way. Tak nak, tak nak, tak nak.
“Doesnt mean i artis i kena buat all the same thing dengan artis lain. Are we cool?,” reaksi Ramona jujur.
Foto: Instagram Ramona Zamzam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Mohd Asri Ahmad menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi yang mengelirukan.
Ia termasuk senario segelintir selebriti dan pempengaruh dalam mempromosikan produk pelaburan saham yang didakwa tanpa mengikut syariah.
“Ada segelintir masyarakat kita mempromosikan produk tak patuh syariah. Malah penglibatan influencer atau selebriti dalam pelaburan saham tidak patuh syariah juga membuatkan ramai orang keliru.
“Sebab itu pentingnya masyarakat untuk belajar tentang pelaburan saham ini dari saluran yang betul. Kita kena selidik dahulu produk syariah yang dipromosikan.
“Kalau nak tahu syarikat atau produk itu sah atau tidak sah, kenalah rujuk pihak berkuasa seperti Bank Negara sebelum terlibat dalam mana-mana produk,” katanya.
Serentak dengan itu, seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada semalam.
Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.
Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal.
Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Datuk Mohd Asri Ahmad, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), dan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Yaakub Yusra.
Bagi yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini boleh melayari laman web rasmi mereka.
Dalam majlis sama, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian.
Objektif program ini adalah untuk melatih golongan ini supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Malah, Sijil Professional ini mampu melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.