Pengacara dan penyampai radio Fizi Ali memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Rabu.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menerusi sebuah hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih semua yang doakan kami sekeluarga. Mama sudah selamat lahirkan baby giri,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Hot FM itu nyata sangat tersentuh dan berterima kasih kepada isteri tercinta kerana sudah bertarung nyawa melahirkan puteri mereka.
“Kuat mama tadi. Hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal.
“Jadi, sekarang bertambah la seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” katanya lagi.
Fizi dan Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu.
Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.
Siti Zulaikha juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI