“Kuat, reda dan bertabahlah.” Itu nasihat salah seorang perserta yang tersingkir di saingan separuh akhir Gegar Vaganza 6 (GV6), Noorshila Amin apabila ditanya apakah pesannya kepada rakan seangkatan andai mahu menyertai program hiburan terbabit di masa depan.
Malah, Noorshila yang disononim disapa Mama Shila akui, dia bukan seorang yang lemah, sebaliknya cuba untuk bersaing hingga berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir.
“Saya tidak lemah satu pun, saya cuba untuk fight. Ini program realiti jadi saya cuba berlawan dan buat yang terbaik sebagaimana yang diharap-harapkan oleh peminat saya.
“Jadi, kalau dari minggu pertama hingga ke sepuluh, banyak lagu yang saya dapat dan cuba untuk sampaikan dengan cara sendiri,” katanya kepada MH.
Noorshila pada masa sama turut bemotivasi apabila para peminat tetap memberikan semangat dan sokongan buatnya saban minggu.
“Saya ada mendapat teks, grup yang mereka sendiri cipta dan mereka ada memberikan keputusan yang diberikan berbanding keputusan di GV6 sangat berbeza.
“Jadi penghargaan yang diberikan membuatkan saya bersemangat untuk buat persembahan setiap minggu.
“Malah, yang berikan keputusan itu pun adalah yang ada pengetahuan dalam muzik,” katanya yang tidak rasa sedih atau ralat apabila tidak berjaya melangkah ke pentas final GV6, Ahad depan.
Seterusnya, konsert akhir minggu hadapan bakal menyaksikan enam bintang berentap untuk merebut gelaran juara GV2019 iaitu Hady Mirza, Naqiu Boboy, Jatt Ali, Nurfatima, Sham Visa dan One Nation Emcees.
Dalam pusingan separuh akhir malam tadi selain Noorshila, Wann yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella) meraih kedudukan ketujuh, sekali gus menjadi peserta yang turut tersingkir.
Pusingan separuh akhir GV2019 diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datuk M. Nasir.
Ikuti sidang media penuh sejurus konsert GV6 Semi Final di sini;
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/2525463741066769/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI