“Kucing Ni Ada ‘Brain Damage’, Pernafasan Laju, Kecederaannya Amat Teruk Di Mana…,”- Sebak Baca Perkongsian Jimmy Shanley

Share

Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley ada memuat naik beberapa keping foto seekor kucing yang cedera.

Menerusi foto yang diambil, kelihatan kucing tersebut cedera dan ekornya juga putus selepas dipercayai akibat dilanggar.

Perkongsian tersebut dimuat naik Jimmy menerusi Instagram di dalam entri yang dikemas kini.

Jimmy menerusi ruangan kapsyen pula menulis mengenai situasinya saat terserempak dengan haiwan berkenaan yang  terkulai layu di tengah-tengah jalan raya.

“Boleh je kalau pentingkan diri sendiri, bukan aku yang langgar pun, aku takde masa arrr nak layan binatang ni, dengan darah meleleh abis kotor kete aku, kang jumpa Doktor kena bayar lak” semua mungkin terlintas pada pemikiran bila nampak seekor kucing terkulai layu di tengah jalan petang semalam.

“Sebagai manusia biasa saya memang ada ‘soft spot’ ngan kucing yang mengalami masalah tengah memandu tetiba nampak seekor kucing duduk di tengah jalan tidak berlari ketakutan pada kenderaan lalu lalang, hairan juga jadi saya hentikan kereta dan pergi ke kucing tu emmm tercedera dimana ekor dah berpisah ngan badannya.

“Cuba angkat dan kucing sikit pun tak melawan mungkin dia hanya mampu berserah sahaja, tak fikir panjang saya letak ditepi jalan dan saya terus cari klinik haiwan untuk menanya tutup jam berapa dan rawatannya sebab saya kena ke ‘airport’ hantar mertua dan saya pun tidak ada kotak dalam kereta.

“Klinik bagi kotak terus ambil kucing ditempat asal dan bawa ke klinik,” tulisnya.

Malah, Jimmy turut memberitahu doktor tidak dapat menyambung kembali ekornya yang putus kerana kecederaan yang dialami agak teruk.

“Doktor timbang kucing tu dan periksa dalamannya dan memberitahu kucing ni ada ‘brain damage’, pernafasan pun amat laju, kecederaannya amat teruk dimana Doktor tak mampu nak menjahit pada bahagian yang tercedera dan peluang dia nak hidup 50-50 dan dia nasihatkan saya untuk tidukan kucing ini buat selamanya.

“Saya terpaksa akur dengan pendapat Doktor tersebut, Doktor bertanya nak temankan kucing tu dalam proses tidurkan dia? Saya terus cabut tapi fikir balik saya juga yang akan bawak balik kucing ni jadi saya masuk balik dan Doktor terus cukur sebahagian bulu pada peha kanannya dan berikan suntikkan untuk tidurkan kucing tu.

“Tak sampai 5 saat kucing itu sudah tiada. Kepada yang membaca sila bantu kucing yang memerlukan bantuan, anda adalah insan terpilih untuk membantu mereka. Terima kasih pada yang perihatin,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram Jimmy Shanely

Published by
Rafiq Mazlan