Pelakon jelita, Fasha Sandha kini semakin rajin berkongsi momen memasak di dapur setelah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.

Menerusi posting terkini Fasha misalnya, pelakon ini ada berkongsi cerita bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan bahawa suaminya mahu belanja dirinya untuk membuat rawatan kuku.

Kongsi lagi Fasha, kuku di jarinya kini telah bertukar warna kekuningan gara-gara terkena kunyit ketika memasak.

Ads

“Hampa masak apa hari ni. Kami masak Fav #iburayfalraysha

“Alhamdulillah awai masak hari ni, sat lagi Encik suami nak belanja buat kuku sbb kuku semua dah kuning sebab kunyit. #taksempurnabyfashasandha,” tulisnya.

Ads

Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji pasangan ini yang kelihatan sangat romantik.

Ads

“Kuku Semua Dah Kuning Sebab Kunyit,”- Fasha Sandha

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac yang lalu.

Video: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI